Assalamualaikum,
Alhamdulillah, hasil pemeriksaan rutin Tuan Guru Presiden di Institut Jantung Negara (IJN) semalam menunjukkan bahawa tiada masalah besar yang dialami oleh beliau.
Tuan Guru Presiden juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para ahli PAS, penyokong, pimpinan dan rakyat yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau.
Tuan Guru Presiden juga dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat dan mengurangkan kunjungan tetamu yang melawat beliau di IJN.
Sekian. Harap maklum.
Setiausaha Politik Presiden PAS
13 Januari 2016
0 comments: