Tony Pua Mempamerkan Pola Pemikiran Beliau Yang Negatif Dan Menakutkan.


Tony Pua Mempamerkan Pola Pemikiran Beliau Yang Negatif Dan Menakutkan.


Seorang yang bercita cita memimpin masyarakat, lebih lebih lagi dalam masyarakat berbilang bangsa dan budaya seperti di Malaysia, amatlah tidak sesuai jika pola pemikiran beliau meletakkan benar dan salah, baik dan buruk, cerdik dan bodoh ke atas sandaran bangsa.

Dalam kenyataan beliau semasa memberi komen tentang kedudukan pendidikan negara, dengan amat jelas, beliau memberikan persepsi bahawa kualiti pendidikan negara adalah lemah kerana pendidik (khasnya pensyarah, profesor) adalah sebahagian besarnya dari suatu bangsa tertentu.

Kenyataan beliau amatlah boleh dicanggahi kerana pertamanya ianya hanya satu persepsi tanpa sebarang data dikemukakan. 

Keduanya, beliau membuat kenyataan menyeluruh bahawa pensyarah, profesor lemah kerana nisbah bangsa. Walaupun dikaitkan dengan proses perlantikan pensyarah dan profesor yang tidak telus (inipun sangat boleh didebatkan), pemikiran bersifat rasis beliau itu tidak dapat ditutup lagi.

Beliau mendedahkan persepsi dan mentaliti buruk yang wujud dalam kalangan sebahagian ahli masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sesetengah ahli masyarakat yang jumud dalam kesemua kaum tersebut mempunyai pemikiran bahawa bangsa yg lain lebih lemah, bodoh, pemalas, penipu, pengotor, perasuah, penjahat dan samseng.

Mentaliti ini amat merbahaya kepada negara. Rakyat yang impikan sebuah negara yg berharmoni mesti membuang jauh pemikiran seperti ini.

Amat malang sekali, apabila pimpinan utama Dap seperti Tony Pua membuka pekung pemikiran yg songsang dan merbahaya ini.

Pemikira sebeginilah yg disaksikan sejarah apabila Hitler dan Nazinya melakukan kekejaman pembersihan bangsa Yahudi di Eropah.

Pemikiran ini juga menjadi asas kepada pelbagai kekejaman di seluruh dunia melibatkan pembersihan etnik, di Afrika, di Bosnia, di Myanmar dan pelbagai tempat lagi.

Adakah Tony Pua akan memastikan tiada org "Melayu" menjadi guru dan pensyarah jika Dap dan Pakatan Harapan memerintah nanti?

Apa lagi yang bakal dilakukan oleh Tony Pua dan pimpinan seumpamanya kepada bangsa yang dipandangnya lemah dan tidak cerdik? Takut kita bila memikirkannya.


Dr Mohamad Khazani Abdullah
Naib Presiden, Ikatan Ilmuan Nasional

0 comments: