Kuala Lumpur, 13hb Januari 2016: Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan memuji langkah usaha pihak berwajib melancarkan kempen untuk menyemarakkan lagi solat subuh secara berjemaah.
Demikian tegas Nazmi Nik Din Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan ketika diminta mengulas langkah usaha kempen solat Subuh secara berjamaah.
Dilaporkan bahawa kempen solat subuh berjamaah telah mula dilancarkan di Putrajaya baru-baru ini. Ianya dilaporkan telah mendapat pujian ramai rakyat Malaysia terutamanya warga netizen.
"Kita berharap usaha menyemarakkan Solat Subuh secara berjamaah ini dapat teruskan diperluaskan bukan sahaja di Wilayah Persekutuan bahkan juga di negeri-negeri yang lain" tegas beliau lagi.
"Solat Subuh secara berjamaah memang banyak kelebihan dan fadhilatnya, sebagai contoh hadis yang memberi mafhum ..."
"'...Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah maka seolah-olah dia bangun berqiamullail separuh malam, dan barangsiapa yang solat Subuh secara berjamaah seolah-olah dia bangun berqiamullail seluruh malam"
"Sekiranya seeluruh umat Islam prihatin kepada tuntutan ini , saya percaya dan yakin inshaAllah Islam akan kembali berdaulat suatu hari nanti kerana solat akan mencegah manusia daipada melakukan kemungkaran dan kejahatan" ujar beliau lagi yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan.
0 comments: