KHUTBAH JUMAAT
15 JAN 2016
Oleh: Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
UMAT YANG DILAKNAT KERANA MEMBIARKAN KEMUNGKARAN
Wahai hamba-hamba Allah, bertakwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Carilah bekalan, ssungguhnya sebaik-baik bekalan ialah bertakwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa.
Saudaraku muslimin yang dirahmati Allah sekalian,
Marilah kita mengambil pengajaran dan peringatan daripada Firman Allah SWT di dalam Al-Quran Karim :
(Al-Maidah : 78-79)
(Maksud-Nya) :
78. orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di Dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.
79. mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), Yang mereka lakukan. Demi Sesungguhnya amatlah buruknya apa Yang mereka telah lakukan.
Kaum Bani Israel adalah zuriat Nabi Yaakub AS yang dianggap bangsa pilihan Allah SWT. Dalam kalangan mereka ramai yang dilantik menjadi Rasul dan Nabi, ulama’ dan pemimpin terbilang serta bijak pandai. Namun mereka dilaknat oleh Allah SWT mwnjadi bangsa yang hina dan merempat serta dikutuk di seluruh dunia, di dalam kitab Allah, Taurat dan Zabur, Injil dan Al-Quran dengan sebab mereka derhakakan Allah, tidak mengikut perintah Allah SWT dan tidak berpegang dengan kitab Allah SWT.
Diantara perangai mereka juga ialah membiarkan kemungkaran yang berlaku dalam kalangan mereka, termasuk ulama’-ulama’ mereka, pemimpin-pemimpin mereka, ketua-ketua mereka dan orang-orang tua mereka tidak mencegah kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat dengan bersunggguh-sungguh. Apabila berlaku kemungkaran yang dilihat walaupun ada dari kalangan mereka pada awalnya di hari yang pertama mencegah kemungkaran itu dengan nasihat, tetapi pada hari berikutnya mereka berhenti. Mereka bergaul dengan orang yang melakukan kemungkaran itu, menjadikan mereka tidak menunaikan perintah Allah SWT menjadi umat ynag baik.
Allah SWT memuji umat Muhammad SAW dengan Firman-Nya :
( Ali Imran: 110 )
(Maksudnya-Nya) : 110. kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).
Ini menunjukkan keimanan kita umat Muhammad SAW ialah kita bukan bukan sahaja berpegang gengan ajaran Allah SWT, tetapi dalam masa yang sama tidak membiarkan kemungkaran berlaku di dalam keluarga, masyarakat dan sesama kita. Nabi Muhammad SAW memberi peringatannya :
(Maksudnya) : Sesiapa yang melihat sesuatu yang mungkar, hendaklah mencegah dengan tangannya (kekuasaan yang ada padanya). Sekiranya tidak mampu, maka dengan lidah(memberi nasihat). Dan sekiranya tidak mampu juga, hendaklah benci di dalam hati. Itulah selemah-lemah iman.
Kita hendaklah menjadi orang yang kuat iman, bukan orang yang lemah imannya. Apa yang berlaku dalam kalangan bani Israel disebut di dalam Al-Quran untuk menjadi pengajaran kepada kita umat Muhammad SAW. Dan Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran :
(Maksudnya) : Suruhlah berbuat kebaikan dan cegahlah daripada kemungkaran atau Allah akan menjadikan orang-orang jahat menguasai kamu. Kemudian kamu memohon kepada Allah (agar seksaan itu dihentikan) maka permohonan kamu tidak diterima lagi.
Mudah-mudahan Allah SWT memelihara kita daripada perkara yang dimurkai oleh-Nya.
( 104: Ali Imran )
(Maksud-Nya) : 104. dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.
0 comments: