1.3.2016 | 07.
Isu Semasa.
Jabatan Penerangan PAS Pusat.
1. Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berharap parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri sedia menampilkan calon wanita pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
Beliau mengakui ada menerima permintaan supaya calon wanita ditampilkan dalam pilihan raya itu."Memang ada permintaan dari pihak wanita... Saya sedang memikirkan calon daripada pergerakan Pemuda and pergerakan Wanita, jika ada yang sesuai."Saya hargai jika ada parti komponen selain PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) mengemukakan calon wanita.
http://www.astroawani.com/berita-politik/prn-sarawak-adenan-harap-parti-komponen-tampilkan-calon-wanita-96841
2. Kerajaan melanjutkan tempoh moratorium terhadap sektor perubatan selama lima tahun sehingga 2021, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam. Katanya halangan yang berakhir tahun ini telah dilanjutkan disebabkan oleh masalah dalam penempatan graduan perubatan dan doktor-doktor yang sedia ada di negara ini. ' Kami melanjutkan moratorium tersebut kerana kita mempunyai masalah dalam cuba untuk menempatkan doctor walaupun doktor yang baru tamat pengajian. Kita perlu pastikan mereka mendapat penempatan yang baik,' kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Malaysia Media Healthcare minggu, di sini, Isnin
http://english.astroawani.com/malaysia-news/govt-extends-moratorium-medical-sector-until-2021-96838
3. Migran dari seluruh Asia dan Pasifik memainkan peranan utama menggerakkan pembangunan, membantu meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di negara destinasi, sambil membantu keluarga dan komuniti di negara asal mereka.Laporan Migran Asia Pasifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2015 bertajuk 'Sumbangan Migran Kepada Pembangunan' yang dikeluarkan hari ini, bagaimanapun menyebut manfaat penghijrahan masih kurang diakui.
"Laporan mendapati banyak pekerja migran tidak sahaja mendapat faedah daripada penghijrahan mereka, tetapi turut menyumbang kepada pembangunan di negara asal dan negara destinasi menerusi kerja mereka dan wang yang dihantar pulang," tambah laporan itu.
http://www.astroawani.com/berita-dunia/migran-bantu-ekonomi-negara-destinasi-negara-asal-pbb-96824
4. Petronas Isnin lalu melaporkan dalam laporan tahunan suku keempat 2015 mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM4.69 bilion (AS$ 1.1 bilion) disebabkan oleh harga minyak menjunam, dan mengumumkan pemotongan perbelanjaan bernilai berbilion-bilion ringgit dalam tempoh empat tahun.
http://www.themalaymailonline.com/money/article/petronas-posts-us1.1b-net-loss-in-q4
5. AMANAH menyifatkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seorang pemimpin politik yang pelik.Persidennya, Mohamad Sabu berkata demikian susulan kenyataan Abdul Hadi bahawa PAS tidak kemaruk kuasa perintah negara.“Parti AMANAH bersama dengan rakan rakan dalam Pakatan Harapan akan bertanding dan ambil alih pentadbiran Malaysia.“Sebab presiden parti lama saya (PAS) berkata tidak bertujuan untuk berebut kuasa. Kami (AMANAH) nak rebut kuasa.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/03/01/perjuangan-pas-bukan-rebut-kuasa-kenyataan-paling-pelik-hadi-mat-sabu/
6. Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, partinya akan menggunakan strategi tertentu bagi meraih undi di kawasan suku kaum dan Melayu. Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, menjelaskan golongan ini biasanya menghadapi pelbagai masalah terutama kemudahan asas dan perlu dibantu.
http://www.kinitv.com/video/30045O74
7. The Wall Street Journal (WSJ) meneruskan siri pendedahan mereka berhubung akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, melaporkan perdana menteri sebenarnya menerima lebih AS$1 bilion – beberapa ratus juta lagi daripada yang dikenal pasti sebelum ini. Akhbar perniagaan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu melaporkan, sumber mereka berkata penyiasat antarabangsa percaya kebanyakan dana itu berasal daripada syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).WSJ mula mendedahkan berhubung akaun peribadi Najib Julai tahun lalu tetapi masih lagi belum disaman perdana menteri yang menafikan semua tuduhan itu.
http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/deposit-dalam-akaun-peribadi-najib-lebih-as1bilion-lapor-wsj#sthash.AGQpwECy.lJN22dyh.dpuf
8. Tiga tahun berlalu, beberapa taklimat, perhimpunan dan satu pilihan raya umum, rasa tidak puas hati sedang dirasai dalam sebalik kawasan mesra kerajaan yang mana penduduk bandar Pengerang merasai kesan dari "pembangunan" tersebut. Kg Sungai Rengit kini digelar "Pekan Bangla" selepas tidak terkira banyaknya pendatang yang bekerja di PIPC mula membina rumah dan termasuk kedai-kedai.
http://www.themalaysianoutsider.com/malaysia/article/in-once-sleepy-pengerang-residents-pay-the-price-of-development
9. Tenaga Nasional Bhd telah memeterai satu baru perjanjian pembelian tenaga (PPA) dengan Powertek Sdn Bhd untuk melanjutkan tarikh akhir PPA kepada 3 tahun dan 10 bulan lagi. Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia semalam, TNB berkata PPA baru itu adalah selaras dengan Surat anugerah bersyarat bertarikh 5 Ogos 2015 dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga kepada Powertek. Powertek adalah sebuah anak syarikat milik penuh 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
http://www.theedgemarkets.com/my/article/tnb-inks-new-ppa-powertek?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
10. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Isnin melancarkan 'Projek Berdikari' yang merupakan sebuah projek online yang akan memudahkan 1.2 juta pelajar di seluruh negara untuk mendapatkan pekerjaan sambilan. Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata projek di bawah Komuniti Belia Malaysia (MYC!) akan menyenaraikan didalam laman webnya MYC.com.my/projekberdikari nama-nama syarikat atau agensi-agensi pekerjaan yang menawarkan pekerjaan sambilan dengan waktu kerja yang anjal.
http://english.astroawani.com/malaysia-news/independent-project-will-allow-students-get-part-time-jobs-idris-96842
254 comments:
«Oldest ‹Older Newer› Newest»