Bentang Kertas Siasatan Kes RM2.6 Bilion Dan Kes SRC RM 42 Juta Kesidang Parlimen Mac Ini.

1. Rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa sedang menyaksikan kekalutan Malaysia berdepan dengan isu RM 2.6 bilion dalam akaun peribadi PM Najib. Kekalutan ini timbul kembali selepas Peguam Negara menyatakan tiada bukti daripada kertas siasatan SPRM atas isu RM2.6 bilion dan wang SRC RM42 juta untuk mendakwa PM Najib ke mahkamah sedangkan Pendedahan WSJ yang mendakwa wang RM2.6 bilion bukan daripada penderma arab tapi sebaliknya daripada saluran 1MDB.

2. Kekalutan ini makin hangat apabila Penal Penasihat Operasi (PPO) SPRM mengarahkan SPRM menerus siasatan ke atas kes RM2.6 bilion dan mengemukan semula kertas siasatan kes SRC RM42 juta kepada Peguam Negara. Ini menjadikan dua institusi bercanggah antara satu sama lain.

SAPA BOTOI SAPA BOHONG DAN SAPA KELENTONG?

3. Arahan PPO supaya SPRM meneruskan siasatan kes RM2.6 bilion dan mengangkat semula kertas siasatan kes SRC RM42 juta seperti undi atau pernyataan tidak percaya terhadap Peguam Negara. Ini seolah-olah menunjukan kertas siasatan kes SRC RM42 juta sebelum ini sudah pun mempunyai bukti yang mencukupi untuk mendakwa Najib. Persoalannya, kenapa Peguam Negara menyatakan tiada kes dan mengarahkan SPRM menutup kes?
4. Pertikaian dan percanggahan dua institusi ini menimbulkan pertanyaan SAPA BETOI SAPA BOHONG DAN SAPA KELENTONG SAPA? Ini akan memberi kesan melebarnya krisis kepercayaan pelabur terhadap negara kita Malaysia dan akan memburukkan ekonomi dan memperlahan pertumbuhan.

5. Penyelesaian yang perlu dilakukan ialah keberanian menunjukkan integriti yang tinggi yang mungkin tidak pernah dibuat orang. Saya sarankan jika benar dakwaan Peguam Negara tiada kes dalam kedua-dua kertas siasatan dan arahan kes ditutup, saya CABAR PM dan PEGUAM NEGARA MEMBENTANG KE DUA-DUA KERTAS SIASATAN TERSEBUT KE SIDANG PARLIMEN yang akan bermula 7 mac ini untuk dijadikan dokumen awam. Tiada undang undang yang menghalang untuk PM dan Peguam Negara untuk berbuat demikian.

#SelamatkanMalaysia
#SelamatkanRakyat

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
26 Februari 2016/17 Jamadilawal 1437H

0 comments: