Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata beliau mempunyai bukti ada anggota Parti Amanah Negara (AMANAH) yang mengubah haluan menyokong perjuangan PAS. PAN perlu siasat sendiri siapa mereka.
Mengulas kenyataannya berhubung perkara itu baru-baru ini, beliau meminta kepimpinan PAN untuk menyiasat sendiri perkara itu kerana beliau tidak akan mendedahkan nama-nama individu yang terlibat. Saya tidak bertanggungjawab untuk mendedahkannya," katanya
"Saya sebut (ada anggota PAN sertai PAS semula) itu sebab saya ada fakta. Mereka datang jumpa saya baru-baru ini. Ada beberapa orang. Kami berbincang dan berbual. Mereka telah salah faham dengan perjuangan PAN.
"Walaupun berbeza pandangan parti politik dengan individu tersebut, namun kami boleh duduk semeja, berbual dan berbincang pelbagai perkara termasuk perjuangan kedua-dua parti.
0 comments: