DEWAN ULAMA PAS SELANGOR MENGALUKAN PINDAAN AKTA 355

Berdasarkan kepada laporan akhbar pada 18hb Feb 2016, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir menyatakan bahawa Akta 355 akan dipinda bagi memperkasakan lagi Mahkamah Syariah. Pindaan itu akan meningkatkan lagi kuasa Mahkamah Syariah yang sekarang ini hanya boleh menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan syara’ terhad kepada 3 tahun penjara, 6 sebatan dan 5k denda. Dengan pindaan ini, kuasa yang lebih besar akan diberikan kepada Mahkmah Syariah yang sekali gus memberikan laluan kepada pelaksanaan undang-undang hudud.
Dewan Ulama PAS Selangor melihat perkembangan ini sebagai suatu perkembangan yang positif bagi membolehkan Undang-undang Hudud dilaksanakan di Malaysia. Biarpun sesetengah pihak memandang kecil pindaan ini, tetapi ia telah memberikan perkembangan yang baik untuk memperkasakan Mahkamah Syariah yang merupakan salah satu aspek yang penting dalam pelaksanaan hukum hudud. Dewan Ulama PAS Selangor sentiasa menyokong sebarang usaha untuk memperkasakan lagi pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia.
Dalam masa yang sama, Dewan Ulama PAS Selangor turut menggesa pihak yang berkaitan untuk membincangkan hukum pampasan (diyat) yang jarang sekali diutarakan kerana masyarakat akan lebih nampak keindahan Islam dalam memberikan jaminan dan ganti rugi kepada mangsa atau keluarga mangsa apabila sesuatu kesalahan dijatuhkan.
Ketua
Dewan Ulama Pas Selangor.
Ust. Rizuan Rahmat
22 Februari 2016

Facebook: https://www.facebook.com/ulamakpasselangor/

0 comments: