DS Najib Tunaikanlah Harapan Zeti
Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
24/2/16
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang akan bersara pada hujung april ini tidak minta projek, tidak minta jawatan Menteri, tidak minta jet peribadi. Beliau dijangka menamatkan perkhidmatannya sebagai Gabenor BNM pada 30 April ini setelah mengetuai bank pusat itu sejak Mei 2000. Zeti merupakan antara tokoh penting di peringkat pembuat dasar sehingga berjaya mengeluarkan Malaysia daripada menerima kesan paling buruk akibat Krisis Kewangan Asia pada 1997 dan 1998.
Apa yang beliau minta siasatan terhadap 1MDB dapat dilengkapkan, supaya pengganti beliau tidak susah. Ini harapan daripada seorang yang patriotik untuk menyelamatkan negara yang terpalit dengan isu IMDB. Pandangan yang ikhlas, kerana beliau bukan saingan politik mana-mana pihak, oleh itu DS Najib tunaikanlah hasrat Tan Sri Zeti sebelum beliau bersara. Inilah hasrat yang sama daripada majoriti rakyat Malaysia.
Beliau menyatakan hasrat hati orang yang terpaksa memikul beban mengenai isu 1MDB. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kerana isu 1MDB, politik dalaman Umno berkocak, imej Malaysia di pandangan dunia buruk.
Kita mengharapkan bakal pengganti beliau nanti setara atau lebih baik. Kerana beliau telah meletak piawai yang tinggi sehingga BNM masih diyakini walau pun negara mengalami kemelut kewangan angkara 1MDB dan RM2.6 bilion. Bakal Gabenor BNM nanti biarlah bukan orang politik atau orang yang membawa agenda politik. Biarlah mereka yang profesional dan terlatih, kalau boleh mereka yang sudah bertugas di BNM sendiri.
0 comments: