FAIZ SUBRI : ROBERTO CARLOS MALAYSIA


KENYATAAN MEDIA
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

17 Februari 2016 | 8 Jamadil Awal 1437H

FAIZ SUBRI : ROBERTO CARLOS MALAYSIA

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengkagumi keupayaan sepakan percuma Faiz Subri secara "Knuckleball" yang sinonim dengan Lagenda Bolasepak Brazil, Roberto Carlos.

Sepakan Faiz malam tadi menjadi tumpuan dunia apabila skil Sepakan sebegini jarang lagi dapat disaksikan selepas Roberto Carlos tidak lagi aktif dalam bolasepak kompetitif.

Diharapkan Faiz Subri dapat meneruskan kecemerlangan ini dan dapat mempertingkatkan lagi keupayaan mengambil sepakan percuma secara "Knuckleball" ini.

DPPM juga mengharapkan peningkatan bagi mutu bolasepak Malaysia melalui Liga Malaysia yang baru bermula bagi tahun 2016 ini. Juga buat penonton dan peminat bolasepak tempatan, diharapkan supaya penonton menunjukkan akhlak yang baik kerana penonton merupakan pemain ke 12 bagi setiap pasukan yang bertanding.

DPPM merakamkan rasa kekesalan di atas insiden baling objek keras oleh penonton di Stadium Ipoh semasa perlawanan diantara Selangor dan Perak malam tadi. Kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku dalam Liga Malaysia kerana ia hanya memburukkan keadaan dan tidak mencerminkan semangat kesukanan di kalangan peminat bolasepak tempatan.

“Beristiqamah Sehingga Kemenangan”

IR. HJ. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

(Pengarah Jabatan Kesenian Kebudayaan dan Sukan)

0 comments: