Kerja untuk memenangkan perjuangan Islam tidak ada istilah rehat. PAS Kelantan mula bergerak secara berpadu untuk mengekalkan kemenangan di Kelantan serta mencipta kemenangan baharu ditempat yang masih tidak menang.
YAB Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan ketika menyampaikan amanat di Majlis Pelancaran Gerak Kerja PRU-14 di PUTIK pagi Sabtu lepas antara lain menegaskan:
1) Bahawa perlunya ada jentera yang ISTIQAMAH, berkualiti dan mengutamakan matlamat kemenangan yang diredhai Allah.
2) Mesti bersungguh-sungguh menggerak-gempurkan pendaftaran pemilih daripada sekarang.
3) Menggerakan dana PRU-14 terutama diperingkat peti-peti undi dengan sasaran RM 5 ribu satu peti undi.
4) Mengaktifkan program-program sama ada yang melibatkan parti dan juga Kerajaan Negeri dalam usaha mengekal dan meraih sokongan rakyat.
Panji-Panji sebagai simbolik persediaan ampuh menghadapi PRU-14 turut diserahkan kepada Pengarah Pilihan raya PAS Dewan-Dewan dan Kawasan. Seluruh jentera turut melafazkan ikrar dan baiah FASTAQIM serta bertaqarrub di akhir tirai pelancaran dengan Munajat dan Doa Nusrah PRU-14. Allahu Akbar!- MOHD ASRI MAT DAUD 20 FEB 2016
0 comments: