KOTA BHARU: Biarpun Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ditandatangani pada 4 Februari lepas namun kerajaan Kelantan tidak pernah diberi taklimat berkaitan perjanjian tersebut.
Anggota Exco kerajaan negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata kerajaan negeri pernah meminta agensi berkaitan menyampaikan taklimat mengenai TPPA, namun tidak menjadi kenyataan.
“Pembentangan mengenai TPPA tidak dibuat kepada Kerajaan Kelantan bagi membolehkan kita melihat dari dekat perjanjian perdagangan tersebut.

“Kita minta supaya agensi berkaitan di bawah kerajaan pusat mengadakan taklimat khas namun ia tidak berlaku,” katanya di sini.
Kerajaan BN tetap menandatangai TPPA biarpun ditentang secara meluas pelbagai pihak termasuk Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, pembangkang dan NGO.
TPPA ditandatangani wakil Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Auckland pada 4 Februari lepas.
Malaysia menyertai 11 lagi negara lain menandatangani TPPA, sebuah pakatan perdagangan dengan harapan dapat meluaskan pasaran dan mengurang tarif.
Ekoran penyisihan itu kerajaan Kelantan menganjur sendiri taklimat TPPA dengan mengundang tokoh akademik dan NGO tanpa kehadiran wakil kerajaan pusat. - HARAKAHDAILY 22/2/2016

0 comments: