Wahai hamba-hamba Allah, bertakwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Carilah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah bertakwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa.
Saudaraku muslimin yang dirahmati Allah sekalian,
Firman Allah SWT :
(Maksudnya)149. Wahai orang-orang Yang beriman! jika kamu taatkan orang-orang Yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang Yang rugi. 150. (janganlah kamu taatkan mereka!) bahkan (taatlah kepada) Allah Pelindung kamu, dan Dia lah sebaik-baik Penolong.
Sebab turunnya ayat ini adalah bersempena dengan ujian yang dihadapi oleh umat Islam bersama Rasulullah SAW dalam kalangan para sahabat r.a. yang menghadapi ujian didalam peperangan uhud, apabila mereka melakukan kesilapan, menyebabkan ramai yang tewas gugur syahid dan ramai yang luka-luka, termasuk Rasulullah SAW. Maka timbullah hasutan-hasutan syaitan, khususnya manusia daripada kalangan orang-orang munafik dan orang-orang Islam yang lemah iman yang terpengaruuh denganya. Mereka mersasakan bahawa bersama dengan Islam terus-menerus akan mendapat kerugian. Oleh itu mereka mesti tunduk kepada orang-orang musyrikin dan menerima nasihat orang-orang Yahudi dan Kristian, tidak boleh bertegas bersama dengan Islam, nanti akan ditimpa kehinaan dan kesusahan lagi.
Allah SWT memberi amaran kepada mereka dengan peringatan tersebut supaya orang-orang yang beriman itu jangan sekali-kali meninggalkan Islam, membina kekuatan iman mereka, percaya dengan pertolonga Allah SWT.
Al-Quran adalah mukjizat petunjuk dan ilmu sehingga hari kiamat. Ia menunjukkan perjalanan umat Islam bukan sahaja di zaman Rasulullah bahkan sepanjang zaman sehingga hari ini dan sehingga hari kiamat selagi adanya orang Islam.
Marilah kita mengambil peringatan ini ketika dunia Islam sedang menghadapi cabaran dan ancaman yang sangat hebat dalam keadaan yang sangat lemah. Kini pemimpin-pemimpin kuasa besar dunia timur dan barat seperti Rusia, Amerika, Eropah dan lain-lain lagi mengadakan persidangan di Munich Jerman, mengajak beberapa pemimpin Negara Arab berbincang untuk menyelesaikan masaah mereka seperti pertempuran dan peperangan yang berlaku di Negara Arab pada harai ini.
Mereka menunggu nasihat daripada kuasa-kuasa besar dunia tanpa menyedari tau menyedari tetapi buta hati bahawa peperangan yang berlaku itu adalah hasil daripada ciptaan kuasa-kuasa dunia yang membantu kerajaan yang memerintah dan membantu penentang-penetang kerajaan, membantu kedua-dua belah pihak supaya berperangdiantara satu sama lain. Yang satu atas nama Islam supaya menentang kezaliman, sementara kerajaan pula atas nama kerajaan yang sah. Berperanglah kedua-dua belah pihak, tidak mampu menyelesaikan masalah sehingga beberapa tahun. Walaupun mereka melimpah-ruah dengan kekayaan yang diberi oleh Allah SWT, namun menjadi umat yang sangat hina. Berlaku kehinaan apa yang disebut oleh Allah SWT dalam hadisNya :
(Maksudnya) : umat-umat lain akan mengelilingi kamu laksana orang-orang mengelilingi hidangan yang lazat. Maka bertanya sahabat, adakah jumlah kita pada masa itu sedikit? Jawab Rasulullah, tidak, bahkan jumlah kamu ramai, tetapi kamu seperti buaya yang dihanyut oleh air banjir. Allah menghilangkan kehebatan kamu yang ada di dalam hati musuh-musuh kamu dan Allah campakkan kedalam hati kamu penyakit al-wahnu. Lalu para sahabat bertanya, apakah al-wahnu itu, wahai Rasulullah ? jawab Rasulullah, terlalu kasihkan dunia takutkan mati.
Mereka kasih kepada harta benda, pangkat, astana dan singgahsana lebih daripada kasih kepada alam akhirat yang dijanjikan oleh Allah SWT. Banyak dosa yang dilakukan, dalam keadaan yang lalai dengan kekayaan dan kemewahan yang melimpah-ruah menyebabkan menjadi umat yang lemah dan berda dalam ketakutan. Mereka mengharapkan orang lain menolong mereka, mengharapkan kuasa besar menolong mereka, mengharapkan orang yang bukan Islam yang dianggap berkuasa tinggi menolong mereka. Mereka melupai kekuasaan Allah SWT, melupai Islam sebagai petunjuk yang diberi kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Penyakit yang melanda Negara-negara Arab akan datang ke wilayah dan daerah kita sekiranya kita tidak menyedari dan berwaspada dalam perkara ini.
Marilah kita membina kekuatan Isam yang dijanjikan oleh Allah SWT.
160. jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun Yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika ia mengalahkan kamu, maka siapakah Yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan Yang demikian)? dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman itu berserah diri.
0 comments: