Bagaimanapun, katanya nafas PAS panjang selagi tidak buang dasar dan matlamat perjuangan Islam.
"Insya Allah nafas PAS panjang selagi ia tidak buang dasar dan matlamat perjuangan Islamnya," tulisnya menerusi laman facebook.
Beliau menambah, semua boleh melihat parti mana yang akan hilang nanti.
"Jikalau Allah panjang umur kita semua, kita boleh melihat parti mana yang hilang atau terbilang," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Dalam tulisan semalam, beliau berkata menjadi lumrah perjuangan PAS akan diserang daripada berbagai sudut.
"Sebab serangan mereka hanya satu, iaitu kerana PAS hendak menegak Islam yang syumul," katanya. - HARAKAHDAILY 11/2/2016
0 comments: