KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan isteri melapangkan masa menziarahi Datuk Mohd Kazim Elias di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat negeri, Mumtaz Md Nawi turut serta.
Malam tadi, Kazim terpaksa memberhentikan ceramahnya di pekarangan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bachok selepas mengadu sakit dada.
Beliau kemudian dibawa ke HUSM. - HARAKAHDAILY 20/2/2016

0 comments: