KENYATAAN MEDIA
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
16 Februari 2016 | 7 Jamadil Awal 1437 H
Moto3 GP Dunia : Kejayaan Adam Norrodin Inspirasi kepada Anak Muda negara
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah di atas kejayaan pelumba DRIVE M7 SIC Racing Team, Adam Norrodin yang berjaya melangkah ke perlumbaan motosikal Moto3 GP Kejuaraan Dunia tahun ini.
Kejayaan pelumba berumur 17 tahun yang berjaya memikat Pegurus Pasukan Johan Stigefelt, pada siri ujian menggunakan motosikal Honda NSF250RW di Circuit de la Comunitat Valenciana Ricardo Tormo ini begitu membanggakan rakyat Malaysia khususnya anak muda di negara ini.
Adam adalah merupakan pelumba negara yang seterusnya dapat menyertai kejohanan Motosikal Dunia (Moto GP) bagi kelas Moto3 selepas Zulfahmi Khairuddin yang telah bersama dalam kejohanan motosikal bagi kelas yang sama sebelum ini.
Pelumba yang disifatkan sebagai mempunyai sikap professional dan keupayaan untuk menguasai persekitaran perlumbaan pada usia yang begitu muda ini, diharapkan dapat memberikan saingan kepada pelumba-pelumba berkelas dunia dalam kategori Moto3 pada kejohanan yang dijangka akan bermula pada 20 Mac 2016 nanti.
DPPM mendoakan kejayaan kepada Adam dan Pasukan Drive M7 SIC Racing Team yang bakal membawakan cabaran negara untuk menaiki podium pada perlumbaan Moto3 GP Dunia yang akan berlangsung nanti.
DPPM berasa begitu positif dengan perkembangan ini dan mengharapkan kejayaan ini memberikan inspirasi kepada anak muda Malaysia untuk terus memajukan diri dalam bidang masing-masing untuk bersaing dengan antara yang terhebat di dunia.
“Go Adam Norrodin! Make Malaysia Proud”
“Mempersiap Generasi Kemenangan”
“Beristiqamah Hingga Kemenangan”
IR HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).
(Pengarah Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Sukan)
0 comments: