KUANTAN: Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali menjangkakan tidak ada persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Katanya, ini disebabkan proses tersebut jika dibentangkan di parlimen memerlukan pindaan perlembagaan dengan kelulusan dua pertiga.
"BN tiada majoriti dua pertiga di parlimen jadi saya jangka tidak ada persempadanan semula.
"Bagaimanapun bagi peringkat dewan undangan negeri yang mereka kuasai lebih dua pertiga, boleh jika mereka mahu," katanya menjawab soalan peserta program Dialog Rakyat Bersama Pemimpin PAS di Hotel Seri Malaysia disini (20/2/2016).

Mustafa berkata, kali terakhir persempadanan semula ialah pada tahun 2003.
Sementara itu, beliau turut mengesahkan PAS akan meletakkan calon bukan Islam pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

Program anjuran Lajnah Dakwah PAS Pahang itu turut melibatkan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Setiausaha Majlis Syura Ulama Datuk Dr Nik Zawawi dan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar.
0 comments: