PAS Perak Tidak Tergugat Pakatan Harapan Perak

Melihat kepada situasi dan keadaan politik negeri Perak , PAS Perak tidak tergugat dengan kewujudan Pakatan Harapan yang dikatakan meletakkan kepercayaan kepada Amanah Perak untuk menang dalam PRU akan datang.
PAS Perak melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh yang juga Setiausaha DAP Perak ketika Forum Pilihanraya di Setiawan hanya impian yang tidak memberikan kesan kepada PAS.
Kejayaan di Perak akan bergantung kepada bagaimana cepatnya Amanah mengisi kekosongan yang ditinggalkan PAS adalah ungkapan seakan rakyat tidak menyedari kewujudan PAS.
Pembawaan PAS kini dilihat lebih matang dan serasi di hati rakyat dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera melalui beberapa aspek seperti :
1. Bertunjangkan prinsip
2. Politik dakwah
3. Amar maruf nahi munkar
4. Fokus penyelesaian Islam
5. Pertentangan dasar, bukan fizikal
6. Utamakan kepentingan rakyat, kurangkan politiking
7. Politik aman dan diplomasi (muwajahah silmiyyah)
8. Politik sebenar, bukan persepsi
9. Politik rasional dan profesional

Langkah berani PAS yang kini bergerak secara bersendirian terus diberikan kepercayaan oleh rakyat bahkan sokongan daripada pelbagai bangsa.
Imej dan wajah PAS memberikan keyakinan untuk rakyat menilai sebuah gerakan Islam yang tidak hanya mementingkan aspek politik semata-mata bahkan terkandungnya dakwah, tarbiyyah, kebajikan dan kebersamaan dalam isu-isu membabitkan rakyat.
PAS Perak sedikit kesal kenyataan tidak bijak DAP dengan kurang mengambil kira latar belakang ahli PAS yang tidak akan mengikut pemimpin serta tidak berprinsip lebih lagi yang lompat parti.
Sekali lagi ditegaskan, PAS Perak tidak tergugat bahkan tercabar dengan kewujudan Pakatan Harapan dan AMANAH Perak yang disebutkan bakal menumbangkan PAS Perak dalam PRU akan datang.
PAS MEMIMPIN PERUBAHAN
BERISTIQAMAH SEHINGGA KEMENANGAN

Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

29 Februari 2016 bersamaan 20 Jamadil Awwal 1437

0 comments: