Ustaz Nazri yang juga Ketua Penerangan PAS Pahang berkata, dalam program berkala kebajikan tersebut beberapa buah rumah telah diziarahi.
Katanya, salah satu lokasi yang diziarah ialah di UPU Pianggu, iaitu salah satu peti undi yang dimenangi PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin tahun lalu.
“Sasaran kita ialah golongan marhaen yang tua dan uzur serta tidak mendapat perhatian mana-mana pihak, supaya mereka tetap ceria dan terasa dipedulikan.
“Bagi kita perbezaan politik tidak timbul kerana sasaran kita ialah ziarah kebajikan dan dakwah tanpa sebarang prejudis,” katanya ketika dihubungi.
Dun Tioman merupakan kawasan ditandingi PAS sejak awal dan tetap memberikan saingan kepada Umno/BN walaupun belum menang lagi.
0 comments: