PAS TERUS MAJU KEHADAPAN
Assalamu'alaikum semua...
1. Pagi semalam PAS Pusat dikunjungi oleh satu kumpulan pejuang Bahasa yang membantah perlaksanaan DLP. Kelmarin petang, sebuah NGO yang berpengaruh telah datang ke Pejabat Agung PAS untuk adakan perbincangan.
2. Begitulah yang sering berlaku kunjungan demi kunjungan dari pelbagai pihak untuk bertemu dan berbincangan dengan kepimpinan PAS.
3. Saya fikir dan lihat keyakinan masyarakat sama ada kumpulan atau individu kepada PAS semakin tinggi. Program Sambutan Tahun Baru Cina PAS Pusat di Muar minggu lalu berjaya dalam eksperimennya dan ia di sambung pula dengan sambutan yang sama di peringkat negeri Selangor dengan pelancaran Green Silk yang gilang gemilang.
4. Permohonan keahlian baru PAS terus konsisten bertambah dan bulan hadapan PAS akan membuka pendaftaran secara atas talian atau 'online' bagi membuka ruang kepada seluruh rakyat Malaysia menyertai PAS.
5. Konsep Budaya Politik Matang & Sejahtera akan membuka ruang yang lebih luas kepada PAS menerokai politik negara yang semakin mencabar. Kita bukan hanya membantah tetapi melahirkan pandangan dan solusi terhadap kemelut politik, sosio ekonomi dan isu semasa.
6. PAS akan terus melangkah kehadapan walaupun ada di kalangan ahlinya keciciran di pertengahan jalan. Kepada rakan-rakan yang telah pergi meninggalkan PAS, marilah pulang dan berjuang di sini.
7. Kita adalah mata rantai perjuangan, tugas kita adalah meneruskan risalah dakwah yang telah dimulakan oleh Rasulullah dan bersambung kepada para sahabat sehingga 'baton' itu diterima oleh kita.
8. Justeru istiqamahlah dalam perjuangan.
Wassalam.
Khairul Faizi Ahmad Kamil
0 comments: