PAS menyokong saranan Majlis Raja-Raja untuk menyemak semula beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Pada 18hb Februari yang lalu, Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali berkata beliau akan mengkaji semula beberapa seksyen di bawah Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN). Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berkata beliau mengambil maklum mengenai desakan Raja-Raja Melayu. Diharap PM dan Peguam Negara tidak menggunakan taktik membisu dan melupa sehingga saranan Majlis Raja-Raja dilupakan sama sekali.

Oleh itu, PAS mendesak agar Peguam Negara dan PM berhenti mendiamkan diri dan serta menunjukkan komitmen bahawa RUU MKN akan diperhalusi mengikut saranan Majlis Raja-Raja dengan memperincikan pindaan yang dijangka dibuat dan tarikh pindaan akan dibentang semula di parlimen sebagai tanda menghormati dan menjunjung Rukun Negara ke-2 – Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Di samping itu, PAS juga memohon Majlis Raja-Raja meminta Peguam Negara untuk menilai semula keputusannya untuk mengetepikan siasatan SPRM terhadap skandal derma RM2.6 bilion dan SRC International yang dimasukkan ke duit peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Isu ini masih penting kerana persoalan yang masih membelegungi rakyat ialah - apakah SPRM yang membersihkan PM daripada sebarang tuduhan atau Peguam Negara sendiri yang mengambil keputusan berlainan daripada hasil siasatan SPRM? Jika SPRM menyarankan agar PM didakwa, apa pula alasan Peguam Negara untuk bertindak sebaliknya?
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
22 Februari 2016

0 comments: