PETALING JAYA: PAS mempertahankan pelantikan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Dr Haron Din sebagai Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) dan menganggap ia sebagai satu penghormatan kepada parti itu.
Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pelantikan itu sebagai pengiktirafan ilmu yang dimiliki oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dan ia adalah satu penghargaan bukan penghinaan kepada parti.
Beliau memberi respon kepada kenyataan bekas Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa yang berkata, pelantikan Tuan Guru Dato' Dr Haron Din itu sebagai penghinaan kerana pemimpin berjawatan tinggi PAS bekerja di bawah Presiden UMNO.
Husam mahu pemimpin PAS memperbetulkan keadaan itu kerana ia kelihatan tidak betul dari segi ‘protokol’.
“Pada kita, jika kita diminta (menganggotai jawatankuasa), itu bukan penghinaan tetapi penghormatan.
“Ia merupakan pengiktirafan kepada ilmu yang dimilki Tuan Guru Dato' Dr Haron Din. Ini bukan penghinaan kepada parti,” kata Tuan Ibrahim.
Katanya, ramai pemimpin PAS menganggotai beberapa jawatankuasa sebelum ini dan ia tidak menjadi masalah.
0 comments: