Politik Matang Untuk Mencapai Redha Allah Di Dunia Dan Akhirat, kata Nasruddin

Kuala Lumpur, 16 Februari 2016: "Politik matang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah untuk mencapai keredhaan Allah" tegas YB Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dalam Usrah Gabungan PAS Bandar Tun Razak. Program yang dianjurkan di peringkat PAS Kawasan Bandar Tun Razak itu telah mencapai kehadiran yang memberangsangkan.
Budaya Politik matang dan sejahtera mengfokuskan banyak perkara, antaranya amar makruf nahi munkar, mengketengahkan kaedah penyelesaian masalah cara Islam,politik aman dan diplomasi dan sebagainya. YB Temerloh itu juga menegaskan ia sebagai kaedah pendekatan PAS dalam pembawakan agenda politik terkini. "Setiap apa yang diperjuangkan termasuk politik bukan hanya sekadar untuk duniawi sahaja tapi untuk akhirat juga." ucap beliau lagi.
Untuk perkenalkan Politik Matang dan Sejahtera PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan taklimat tertutup pada akhir bulan ini.

0 comments: