Risalah Dakwah (Bil.10): Mencari Ilmu Agama Demi Agama Dan Kemanusiaan


RISALAH DAKWAH: BIL 10
MENCARI ILMU AGAMA DEMI AGAMA DAN KEMANUSIAAN (Dr. Muhammad Ali Quthub)

Bersabda Nabi Muhammad SAW:
"Sesiapa yang mencari ilmu yang seharusnya dicari dalam rangka mencari kenikmatan (melihat wajah Allah), namun dia tidak mempelajarinya melainkan (dengan niat) mendapatkan kemudahan duniawi, dia tidak akan mendapatkan bau syurga di hari kiamat". (Riwayat Abu Daud)

Pesanan Nabi SAW ini mengandungi pesanan umum dan khusus. Yang khusus, iaitu ucapan sederhana Nabi SAW bahawasanya siapa pun yang mempelajari ilmu-ilmu tertentu, yang seharusnya dicari untuk mendapatkan ganjaran di sisi Allah dengan cara menggunakannya untuk kepentingan masyarakat, namun justeru dia mempelajarinya dengan maksud memperoleh kemudahan dunia semata-mata, maka Allah mengharamkan baginya mencium bau syurga. Dan inilah realiti yang sudah bermaharajalela di tengah-tengah masyarakat kita. Khususnya mereka yang memperdagangkan al-Quranul Karim, sekalipun sebahagian orang memperdebatkan pandangan kita seperti ini.
Umum, iaitu (pujian) terhadap mencari ilmu yang dia komited dengan pesanan Nabi SAW ini.
Nabi SAW berpesan kepada kalian agar ilmu pengetahuan yang sentiasa diburu-buru hendaklah dijadikan sebagai medium untuk kebaikan bagi kalian dan masyarakat. Dengannya kalian memperbaiki keadaan ekonomi dan peradaban (madaniah), sehingga jalan kemakmuran juga dicukupi untuk kalian. Kalian tidak terkongkong oleh kebodohan dan tidak menggantungkan kepada orang lain. Justeru kalian boleh turut berusaha membangun dan memberi sumbangan terbaik untuk masyarakat dan bangsa dalam bidang industri, pertanian, perdagangan dan sebagainya.
Namun, sekali lagi jangan kalian jadikan ilmu tersebut bahkan untuk modal mengeksploitasi dan memonopoli. Ini kerana jika demikian yang terjadi, hilanglah sudah peranan asasi ilmu pengetahuan. Bahkan bermakna menggiring pemiliknya ke dalam sebuah golongan yang sama sekali tidak memiliki etika ilmu.
Wahai pemuda-pemudi Islam, pesanan terakhir yang patut saya (Dr. Muhammad Ali Quthub) ketengahkan berkaitan dengan hadith di atas adalah jangan sampai ilmu pengetahuan diburu hanya sebagai kuda tunggangan untuk mencapai populariti (riya`). Sehingga jangan sampai seorang alim nanti di hadapan pengadilan Allah Taala, kemudian dia ditanya: Apakah yang telah kamu kerjakan dari ilmumu? Dia menjawab: Begini, begini. Namun Allah kemudian membongkar rahsianya dan mengatakan: Tidak, kamu memburu ilmu hanya sekadar agar kamu digelari: orang alim, cendekiawan, intelek dan sebagainya. Padahal kamu telah diberitahu hukuman orang yang melakukan seperti itu. Kemudian dia dilemparkan ke neraka jahannam dan dilarang mencium bau syurga. Dan saya ( Dr. Muhammad Ali Quthub) memohon perlindungan kepada Allah agar melindungi kita semua dari segala keburukan mental dan ketergelinciran hawa nafsu.

DISEDIAKAN OLEH:
LAJNAH DAKWAH DAN PERPADUAN NASIONAL, 
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN 2015-2017

0 comments: