Serangan DAP: Dulu giliran PAS, kini PKR pula.


"Serangan DAP: Dulu giliran PAS, kini PKR pula."


Wah, kian menarik polemik perang terbuka antara DAP dan PKR ini.

Hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan rasa terkejutnya apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali masuk campur dalam pentadbiran negerinya.

Lim berkata ini kali pertama seorang menteri besar atau ketua menteri sesebuah negeri yang diterajui Pakatan mengulas mengenai pentadbiran negeri lain. "Sebagai menghormati, kita biasanya tidak lakukan ini. Jika ada apa-apa isu untuk dibincangkan, kita akan timbulkan secara tertutup dan bukannya di khalayak ramai."

Lihat bagaimana rentak- tari politik Lim Guan Eng ini.?

Dalam apa jua situasi yang berlaku, hanya dia dan parti DAP nya sahaja yang benar dan perlu dipatuhi.

Jangan berani melawan dan berbeza dengan mereka, kerana anda akan dicop pengkhianat. Itulah nasib 5 ADUN PKR yang berkecuali dalam usul isu projek tambak laut yang dibawa UMNO di DUN Pulau Pinang pada tahun 2015.

2 ADUN PKR telah dihukum oleh Lim Guan Eng dengan dikenakan penamatan perkhidmatan ('dipecat') jawatan di dalam Penang Hill Corporation dan Invest Penang and Island Golf Properties Bhd, anak syarikat kepada syarikat pelaburan kerajaan negeri Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Inilah padahnya bagi yang berani melawan Lim Guan Eng dan DAP.

Pujian patut diberikan kepada Datuk Seri Azmin, yang merupakan Timbalan Presiden PKR apabila mempunyai keberanian menegur dan mempertahankan 2 ADUN yang disingkirkan oleh Lim Guan Eng itu.

Tidak semena-mena, Lim Guan Eng spin dengan mengatakan suara teguran Azmin adalah tindakan campurtangan MB Selangor terhadap pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang.

Lawak bukan..?

Lupakah Lim Guan Eng bahawa Azmin adalah Timbalan Presiden PKR.?

Lupakah Lim Guan Eng bahawa Kerajaan Pulau Pinang yang dikatakan gabungan Pakatan Harapan itu adalah termasuk PKR di dalamnya..?

Tetapi, yang paling menarik dalam sandiwara Lim Guan Eng ini apabila dia berhujah kononnya tidak sepatutnya mengulas mengenai pentadbiran negeri lain dan sepatutnya teguran tidak dibuat secara terbuka.

PAS tidak pernah lupa bagaimana campurtangan Lim Guan Eng dan DAP dalam hal ehwal pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS. Sedangkan DAP tidak mempunyai seorang pun ADUN di Kelantan dan tidak juga bertanding dalam pilihanraya di Kelantan.

Tetapi, dalam hal ehwal Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, Usul Persendirian bagi pindaan Akta Mahkamah Syariah, DAP lah jaguh hero penentang dan penyerang utama siang-malam, pagi-petang terhadap PAS.

Lim Guan Eng menuduh PAS boneka UMNO, pro-UMNO,pengkhianat, 1 undi kepada PAS adalah undi kepada UMNO, dan bermacam lagi penghinaan dilemparkan oleh DAP terhadap Tuan Guru Presiden PAS.

Lim Guan Eng bising apabila Azmin bangkit membela ADUNnya secara terbuka dan umum, sepatutnya dibuat secara tertutup katanya.

Bukankah dahulu itu juga yang dibuat oleh DAP terhadap PAS.?

Serangan terbuka dibuat oleh DAP terhadap PAS , dalam sidang media dan program rasmi partinya. DAP juga menjadi pembela dan mengangkat ADUN & Ahli Parlimen PAS yang menyeberang keluar itu sebagai wira rakyat.

Kebiasaannya, apabila DAP diserang akan ada pimpinan PAN yang menjadi jurucakap dan pembela kepada DAP.

Jadi, usahlah Lim Guan Eng risau apabila PKR menyerang kerana PAN yang taat-setia kan sentiasa ada bersama DAP.

Bukankah dalam Pakatan Harapan gabungan baru ini sudah pun menghapuskan prinsip "agree to disagree", maka sewajarnya DAP, PKR dan PAN perlu seiring, sekata, dan sehati dalam semua langkah.

Usah berani berbeza dengan DAP, kelak akan dituduh sebagai pengkhianat mengikut sifir dan tafsiran demokrasi acuan DAP.

Syed Ahmad Fadhli

0 comments: