TG Presiden lawat TG Hj Mohd Baqi hari ini


Oleh : NASRUDIN HASSAN 

1. Indahnya suasana dua Tok Guru bertemu. Mereka saling menasihati dan mendoakan antara satu sama lain. Suasana diceriakan dengan ucapan yang lucu tetapi ilmiah. Menyegarkan suasana dan Tok Guru Hj Baqi kelihatan sangat ceria dan gembira dengan kehadiran Tok Guru Hj Hadi.

"Tok Guru belajar sezaman dengan ana. Ana di Madinah, Tok Guru di Makkah" kata Tok Guru Hj Hadi kepada kami semua apabila saya bertanya berapa usia sebenar Tok Guru Hj Mohd Baqi.

2. Usia Tok Guru Hj Mohd Baqi kini mencecah 75 tahun. Masih gigih ke serata daerah untuk menyampaikan ilmu Islam kepada masyarakat.


"Kalau tidak kerana Allah swt suruh menyampaikan ilmu Islam ini, memang rasa nak berehat banyak di rumah. Kerja dakwah ini berat dan memenatkan. Tapi ini adalah tugas kita, kita kena sampaikan Islam ini kepada masyarakat" Tok Guru Hj Baqi memula bicara seraya menasihati kami anak - anak muda yang masih perlukan bimbingan yang banyak dari alim ulamak.

3. Tok guru berehatlah ! Sambung Tok Guru Hj Hadi menasihati Tok Guru Hj Baqi. Nasihat itu disambut dengan senyum oleh beliau. Saya segera mencelah " beginilah keadaan Tok - Tok guru kita, kalau tak sakit begini, tak reti nak berehat. Allah swt bagi sakit ni maknanya Allah nak suruh Tok Guru berehat lah seketika" usikan saya membawa rakan - rakan yang hadir turut ketawa kecil sambil membenarkan apa yang saya kata.

4. Seperti biasa, Tok Guru Hj Hadi tatkala menziarahi pesakit, beliau akan bagitahu ramuan ramuan herba untuk rawatan alternatif. Kali ini Tok Guru sebut ada sejenis ubi yang biasa orang asal menanamnya dan dikenali sebagai Ubi Sembelit (kalau tidak salah pendengaran saya tadi) yang sangat baik untuk rawatan kencing tak lawas.

5. Selain bab agama, Tok Guru Hj Hadi memang terkenal dengan pengetahuan mengenai ramuan dan rawatan herba/alternatif ini.

6. Hampir 25 minit kedua - dua Tok Guru kesayangan ummah ini berbual, Tok Guru Hj Hadi kata, ziarah orang sakit ni tak boleh lama - lama. Orang sakit nak berehat pulak. Saya nak mohon diri dulu sambil ketawa mesra.

7. Begitulah seringkali saya perhatikan akhlak Tok Guru Hj Hadi dalam bab ziarah ini. Saya sendiri acap kali juga mengiringi beliau menziarahi orang sakit samada di rumah mahupun di hospital.

8. Saya pernah bersama Tok Guru Hj Hadi menziarah Ustaz Ismail Mina di rumahnya yang sekian lama terlantar. Seperti biasa, Tok Guru akan mendoakan pesakit yang diziarahi dan menceritakan bahan - bahan herba untuk dijadikan rawatan alternatif sebelum mohon diri meninggalkan pesakit.

9. Kenangan saya terhenti apabila Tok Guru Hj Hadi minta izin untuk meninggalkan wad bagi meneruskan perjalanan beliau ke Terengganu. Sebelum Tok Guru Hj Hadi meninggalkan wad, Tok Guru Hj Baqi sempat meminta supaya Tok Guru Hj Hadi mendoakan beliau agar dikurniakan kesihatan untuk terus menyambung tugas dakwahnya. Allahu Akbar ! Menitis air mata saya ...

10. Ya Allah ! Aku bangga bersama jamaah ini. Jamaah yang dipimpin oleh orang yang berilmu, wara' dan memimpin jamaahnya dengan ilmu Islam. Kurniakanlah kesihatan dan keafiatan buat alim ulamak ini terus memimpin perjuangan Islam di bumi tercinta.

HosHas
Temerloh.

0 comments: