Setelah 6 bulan Felda Global Vantures Holdings Berhad (FGV) menjual keseluruhan kepentingannya dalam Twin Rivers Technologies Enterprises de Transformation de Granines Oleagineuses du Quebec Inc (TRT- ETGO) dengan nilai AS$180 juta atau RM608.2 juta, isu ini terus menjadi tanya rakyat Malaysia kerana pihak FGV tidak pernah menjelaskan kedudukan keuntungan yang didakwanya mencecah RM65 juta.
Tidak ada laporan lengkap keuntungan yang didakwa FGV , sebaliknya ada sumber yang sangat boleh dipercayai mendakwa FGV mengalami kerugian besar berkait penjualan ini sehingga mencecah RM800 juta.
Jika dakwaan kerugian ini tidak benar, FGV perlu memberi penjelasan yang boleh diyakini oleh rakyat Malaysia. FGV perlu adakan sesi sidang taklimat khas melibatkan wartawan tempatan dan Ahli Parlimen Malaysia kerana dakwaan kerugian ini sangat besar.
Dari awal lagi kami meragui urusniaga ini apabila pihak FVG mendakwa penjualan aset bukan teras dalam kumpulan ini menarik minat pembida antarabangsa untuk membeli kilang penghancuran dan penapisan di Amerika Syarikat dan Kanada.
Pada awal julai 2015 lalu, FGV seperti mana dilaporkan Bloomberg dijangka memperolehi lebih RM1 bilion selepas berjaya menjual kilang TRT -ETGO yang telah menarik minat pembida pada harga AS$180 juta (RM686 juta ) hingga AS$250 juta (RM953 juta) .
Hanya sebulan selepas laporan Bloomberg, FGV telah melaporkan penjualan TRT - ETGO ini dengan harga RM608.2 juta kepada Viterra Inc, pengendali dan pemasar bijirin dan minyak terkemuka Kanada.
Pada 11ogos lalu, Presiden dan Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd Emir Mavani mengesahkan bahawa perbincangan dengan lima syarikat antarabangsa berminat untuk membida TRT-ETGO masih berjalan. Hanya jarak waktu 14 hari , FGV telah mengumumkan penjualan ini.
Apa yang peliknya, penjualan ini dijual dibawah harga pembida seperti laporan Bloomberg. Sedangkan ada pembida berminat dengan harga hampir RM1 bilion.
Pas sebelum ini telah membangkitkan dan memohon penjelasan dari pihak berwajib tentang urusniaga yang meragukan ini. Pihak FGV ada memberi maklum balas dalam akhbar KOSMO bertarikh 8 Oktober 2015 dengan menyatakan urusniaga ini melalui proses ketelusan yang tinggi dan mendakwa pembangkang memutarbelitkan berita.
Sangat menyedihkan FGV langsung tidak memberi maklumat apa yang didakwa ketelusan tinggi itu, tiada laporan lengkap urusniaga ini sebaliknya menyalahkan pihak lain.
Apabila timbul dakwaan baru, urusniaga ini sebenarnya mengalami kerugian besar, maka kami mendesak pihak FGV memberi bukti laporan keuntungan seperti didakwa sekali gus menafikan dakwaan dari sumber yang kami yakini.
Sekian.
Naraza Muda
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
11 Febuari 2016
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
11 Febuari 2016
0 comments: