Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Ziarah dan Beramah Mesra di Beting Maro

Kuala Lumpur, 1 April 2016: Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Ustazah Nuridah Salleh bersama dengan Penyelaras DUN Beting Maro, Cik Hamidah Mokhtar, beramah mesra bersama penduduk Kampung Pusa, Beting Maro semalam.
Beting Maro merupakan antara sebelas DUN yang akan ditandingi PAS dalam misi melahirkan ADUN sulung di Sarawak. Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 5647 1700 2650 (Jabatan Pilihanraya Negeri Wilayah Persekutuan).

0 comments:

Tazkirah Kota (34): Nilai Taqwa


NILAI TAQWA
Wahai sekalian orang beriman,
Bertaqwalah kamu sepanjang kehidupan,
Semoga dirimu beroleh kebahagian,
Martabat meningkat di sisi al-Rahman.

Dalam membina muttaqin sejati,
Perkara ghaib wajib diimani
Mendirikan solat lima kali sehari
Membelanjakan harta seikhlas hati
Mengimani al-Quran dan kitab suci.
Meyakini kehidupan akhirat selepas mati.

Jadikan taqwa pakaian hakiki,
Itulah penyelamat setiap diri,
Setiap langkah sangat berhati-hati,
Bagaikan berjalan di tempat berduri.

Taqwa menjadi teras kehambaan,
Harta dan rupa bukan ukuran.
Taqwa pelengkap nilai keimanan,
Perisai ampuh menolak kemungkaran.

Allah bersama orang bertaqwa,
Menjadi pembela setiap masa.
Memakbulkan doa saat dipinta.
Setiap masalah diberi solusinya.

Saidina Ali pernah berkata,
Ciri taqwa empat perkara,
Takutkan Allah hindari azabnya,
Redha dengan sedikit itulah sifatnya,
Pengamalan al-Quran menjadi budaya,
Persiapan akhirat itulah misinya.


Oleh : Ust Zainudin
Pengerusi
Lajnah Dakwah BPPWP
01 April 2016.

0 comments:

DUN Sarawak Dibubar Pada 11 April 2016


Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkuatkuasa pada 11 April 2016.
Diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem sebentar tadi.
Beliau berkata tarikh itu telah diperkenan oleh Tuan Yang Terutama  (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud ketika beliau mengadakan pertemuan dengan beliau pagi tadi.

"TYT (Taib Mahmud) meminta supaya DUN Sarawak dibubarkan oleh kerana dia yang boleh (ada kuasa) membubarkan DUN. Selepas itu terpulanglah pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk bilakah hari penamaaan calon dan tarikh pengndian," katanya pada sidang media hari ini.

0 comments:

Setahun GST barang keperluan makin mahal

KOTA BHARU: Ketika peringkat awal cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mahu diperkenalkan, kerajaan memberi jaminan harga barang akan menjadi lebih murah.

Itu jaminan diberi termasuk disebut Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain.

Namun sekarang barangan apa yang dikatakan murah, tanya Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Nazman Che Iberahim. 
Katanya, rakyat masih ingat janji kerajaan yang menyebut mereka akan mendapat manfaat serta-merta terhadap pelaksanaan GST.
“Janji kerajaan juga GST akan memberi kesan kepada penurunan Indeks Harga Pengguna (IHP) sekali gus menurunkan perbelanjaan isi rumah.

“Malangnya selepas setahun GST dilaksanakan semua unjuran dan jangkaan kerajaan tidak menjadi kenyataan,” katanya di sini.

GST diperkenalkan mulai 1 April tahun lepas menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Menurutnya juga orang ramai masih keliru impak pelaksanaan GST terhadap 350 jenis barangan yang pernah disebut akan berlaku penurunan harga.

Kata beliau pelaksanaan GST bukan bertujuan mengatasi kelemahan cukai SST sebaliknya menjadi galang ganti menampung ketirisan dan salah tatakelola pengurusan kerajaan Barisan Nasional.
GST mengunjurkan kutipan sebanyak RM27 bilion dan boleh meningkat sehingga RM30 bilion setahun berbanding kutipan cukai sebelum ini. - HARAKAHDAILY 31/3/2016

0 comments:

Krisis dalaman umno jangan sampai susahkan rakyat

KENYATAAN MEDIA PAS TERENGGANU
1. Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) menyifatkan, situasi ketegangan politik yang berlaku dalam negeri Terengganu adalah masalah dalaman Umno, yang melibatkan Menteri Besar (MB) Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan bekas MB Dato' Seri Ahmad Said.
2. PAS tidak wajar dibabitkan dan PAS tidak akan mencampuri urusan dalaman Umno Terengganu kerana ia tidak ada kena mengena dengan PAS.
3. Oleh itu, PAS memberi peringatan kepada Umno dan kerajaan Barisan Nasional Terengganu, agar sebarang perbalahan dalaman dan krisis yang berlaku ini, jangan sampai menyusahkan dan mengheret rakyat ke kancah politik yang keterlaluan, sehingga mengabaikan kebajikan, kehidupan dan masa depan rakyat.
4. PAS tidak bersetuju dan menentang sebarang ketidakadilan, mengambil alih peruntukan yang sepatutnya diuruskan oleh wakil rakyat adalah satu amalan yang buruk dalam tadbir urus sesebuah kerajaan. Kerajaan Barisan Nasional Terengganu perlu melaksanakan transformasi menyeluruh, bukan hanya sekadar slogan.
5. PAS juga, sama sekali tidak bersetuju dengan apa-apa tindakan yang menyalahi peraturan dan perlembagaan, tindakan merampas kuasa sebagaimana dilakukan oleh Barisan Nasional negeri Perak adalah tindakan yang keji.
6. Sekiranya isu yang melanda politik negeri ini tidak dapat diselesaikan, maka mandat perlulah diserah semula kepada rakyat untuk menentukan kerajaan baru melalui pilihanraya.
7. Walau apa pun yang mungkin berlaku, negeri Terengganu adalah negeri Raja Berperlembagaan. Sultan adalah payung negeri. Justeru pandangan tuanku sultan adalah amat dihormati.
YB Ustaz Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka
22 Jamadil-akhir 1437/ 31 Mac, 2016

0 comments:

DLP langkah ke arah PPSMI - Prof Abdullah

TEMERLOH: Pelaksanaan pembelajaran dwibahasa (Dual Language Program - DLP) tidak harus dibiarkan kerana ia sebenarnya langkah ke arah melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan berkata, walaupun untuk projek rintis program berkenaan hanya melibatkan 300 buah sekolah namun sekolah yang dipilih terdiri daripada sekolah bandar yang pelajar-pelajarnya sudah fasih berbahasa Inggeris.

“Lama kelamaan selepas sekolah-sekolah tersebut apabila mendapat keputusan yang baik, akhirnya akan dikuatkuasakan kepada semua sekolah,” katanya dalam program taklimat bersama kepimpinan PAS Negeri Pahang pada Isnin lalu di Dewan Dato’ Abu Samah, bangunan PAS Pahang, di sini.

Abdullah berkata, memang tidak menjadi masalah bagi pelajar-pelajar yang sudah fasih berbahasa Inggeris namun bagaimana dengan pelajar-pelajar di luar bandar.

“Saya dengar pelaksanaannya juga sangat rumit kerana guru-guru pengajar yang betul-betul mahir berbahasa Inggeris juga jauh daripada mencukupi,” tegasnya.

Justeru, katanya, rakyat sepatutnya membantah DLP demi masa  depan anak-anak Melayu jika tidak menjadi korban.
Program DLP yang kini menjadi bantahan umum, akan dilaksanakan untuk pelajar Tahun 1 dan Tahun 4 untuk Sekolah Kebangsaan dan Tingkatan 1 untuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) bermula tahun 2016 yang akan melibatkan 300 sekolah rintis.

Abdullah berkata, jangan diulangi kesilapan lalu di mana pelajar-pelajar Melayu terutamanya di luar bandar telah menjadi korban PPSMI yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir pada 2003 dan kemudiannya dimansuhkan pada 2012.

“Di UPSI kami dah buat penyelidikan anak-anak Melayu dan Orang Asli hasil pembelajaran PPSMI dulu dan yang didapati ialah pencapaian mereka dalam subjek Sains merosot teruk.

“Penyelidikan kami menyimpulkan pendidikan anak-anak Melayu sia-sia. Pencapaian mereka sangat rendah dengan diturunkan graf kelulusan sehingga 18 peratus.

“Bayangkan, dengan kos PPSMI mencecah sehingga RM5 bilion, pelajaran Sains dan matematik menurun, pembelajaran Bahasa Inggeris (BI) tidak meningkat dan asas pendidikan dalam bahasa Melayu (BM) hancur. Jadi kenapa perlu merosakkan anak bangsa?,” soalnya.

Tambah Abdullah, rakyat membantah program ini demi masa  depan anak-anak Melayu. Jika kamau nak BI(, siapkan dengan pendidikan alternatif, jangan korbankan BM.

Beliau turut mengingatkan, ada banyak negara dalam dunia tidak menjadikan BI sebagai bahasa pengantar tetapi tetap maju seperti Jerman, Jepun, Korea dan China.

“Nak pelajari BI pelajarilah BI sungguh-sungguh. Kalau nak buat, buat macam sekolah-sekolah beraliran Cina di mana pelajaran diajar dalam dua bahasa. Boleh belajar tapi yang kita bantah kerana mengenepikan bahasa Melayu.

“Yang kita mahu sekolah-sekolah agar BM kekal dan perkasakan BI, ajar BI betul-betul. Contoh di Indonesia diberi kem BI selama enam bulan. Memang hasilnya pembelajaran secara intensif selama enam bulan lebih baik daripada diajar BI sedikit-sedikit selama 11 tahun (sekolah rendah dan menengah).

“Kalau campur aduk, rosaklah sistem dan akibatnya rosak BM dan BInya pula tidak ke mana. Sedih tengok nasib pelajar Melayu, 11 tahun di sekolah dan ditambah empat tahun di universiti, tetapi kedua-dua bahasa digunakan macam tak pernah masuk universiti. Jadi ini yang kita bimbangkan,” ujarnya.

Jelas beliau, kita boleh merujuk Indonesia yang rakyat mereka begitu banyak kreativiti tetapi pembelajaran mereka bukan diajar dalam BI.

Ditanyai mengenai adakah mungkin ada tujuan lain di sebalik DLP seperti dorongan wang dan projek, Abdullah tidak menafikannya kerana kosnya tinggi menjangkau melibatkan RM138 juta.

“Pernah satu ketika Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi masa itu Dato’ Saifuddin Nasution memanggil satu perjumpaan untuk menerbitkan 20,000 buku baru. Malangnya yang dipanggil itu kebanyakannya kontraktor atau pembekal buku, bukannya penulis buku,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menyeru supaya semua yang prihatin agar menyertai bantahan DLP pada 9 April ini di dataran Merdeka Kuala Lumpur.

0 comments:

Khutbah Jumaat: Umat Yang Kuat Dengan Islam

Khutbah Jumaat: Umat Yang Kuat Dengan Islam
Khutbah Jumaat
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Umat Yang Kuat Dengan Islam
25 Mac 2016


100. Wahai orang-orang Yang beriman! jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.
101. dan Bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan Dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? dan sesiapa berpegang teguh kepada (ugama) Allah, maka Sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan Yang betul (lurus).
102. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah Dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan Dalam keadaan Islam.
103. dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. Surah Ali-Imran 100-103.

 Saudaraku muslimin yang dirahmati Allah
Para ulama tafsir menyatakan bahawa sebab turun ayat ini ditujukan kepada umat Islam di zaman Rasulullah SAW yang telah disatukan oleh umat Islam walaupun mereka di zaman jahiliyyah bereperang diantara satu sama lain, khususnya daripada kalangan Aus dan Khajraj, dua qabilah Arab ynag tinggal di Madinah yang berperang ratusan tahun lamanya. Setelah mereka menjadi orang-orang Islam, mereka bersatu dan disatukan dengan Islam, bukan sahaja daripada kalangan Aus dan Khajraj yang berasal dari Madinah, bahkan daripada kalangan Muhajirin yang datang dari Mekah dan lain-lain lagi bersatu dengan saudara-saudara mereka di Madinah yang satukan dengan nama golongan Ansar.
Dalam masa yang sama, Islam telah Berjaya menarik orang-orang yang bukan Islam yang hidup dalam keadaan kekacauan kerana kesesatan agama mereka sendiri dan pemimipin-pemimpin agama mereka. Mereka diajak bernaung di bawah pemerintahan Islam. Maka wujudlah satu masyarakat Madani yang bersatu-padu dan bertolong-menolong di antara satu sama lain, khususna dalam kalangan orang-orang Islam. Walaupun pada awalnya orang Islam adalah golongan minoriti, sementara orang-orang bukan Islam adalah majoriti, dicampur orang-orang Yahudi dan Bani Nadhir, Bani Qainuqa’, Bani Quraizah serta orang-orang musyrikin dan golongan munafikin, jumlah mereka lebih besar, tetapi orang-orang Islam bersatu di atas nama Islam. Dengan perpaduan Islam menjadikan orang Islam sangat kuat. Dengan hokum Islam yang adil menjadikan orang-orang yang bukan Islam masuk Isam, menyebabkan jumlah orang Islam makin berkembang dan makin banyak sehingga jumlah orang Islam lebih besar daripada orang-orang bukan Islam.
Maka datanglah perasaan dengki di dalam hati orang-orang Yahudi golongan ahli kitab, padahal mereka adalah ahli kitab yang mengetahui kebenaran Rasulullah SAW yang disebut di dalam kitab mereka dan diberitahu oleh ulama-ulama mereka. Mereka menunggu-nunggu kedatangan Nabi akhir zaman ini berkampung di Madinah. Apabila datangnya Nabi SAW, mereka tidak masuk Islam. Dalam masa yang sama mereka dengki terhadap orang-orang Islam dengan membuat perancangan untuk melaga-lagakan orang Islam. Lalu penyair-penyair Yahudi mencipta syair-syair yang memuja pahlawan Aus dan Khajraj di zaman jahiliyyah menyebabkan kembali fanatik kaum diantara satu sama lain dan mengajak beradu kekuatan, berlawan semula untuk tahu siapa yang sebenarnya pahlawan dan kuat, sehingga hamper mencetuskan peperangan di antara dua kabilah ini.
Apabila sampainya berita ini kepada Nabi SAW, lalu Baginda datang menemui mereka dan bersabda: “Adakah kamu ingin kembali semula kepada jahilliyah padahal aku masih hidup?”
Dan Allah SWT menurunkan ayat-ayat yang dibacakan tadi. Iman yang ada di dalam hati mereka menjadikan mereka bersatu dan bermaafan di antara satu sam lain dengan perpaduan yang berasaskan kepada iman yang diajar oleh Islam. Orang Islam bersatu sehingga Berjaya menegakkan pemerintahannya yang besar, di timur serta di tenggara, di baratnya Sepanyol, di utaranya Asia Tengah dan di selatannya Afrika Tengah, di zaman tidak ada alat-alat kemudahan yang canggih dan perhubungan yang cepat seperti hari ini.
Dengan ajaran Islam, orang Islam menjadi bangsa yang kuat, umat yang kuat, umat yang dihormati oleh kaum dan bangsa serta penganut agama yang lain. Dimana sahaj orang Islam masuk ke negeri-negeri yang bukan Islam, disambut oleh rakyat yang bukan Islam kerana pemerintahan mereka yang zalim. Islam disambut sebagai penyelamat, bukan disambut kedatangan penjajah asing seperti penjajah-penjajah barat yang menjajah Negara asing yang memperhambakan rakyat dan merampas hasil bumi negeri yang dijajah. Islam tidak begitu, Islam yang adil dan baik ini di mana sahaja negeri yang dimasuki oleh Islam, menerima kedatangan Islam. Mereka masuk Islam dalam keadaan yang tidak dipaksa sehungga masih ada lagi penganut-penganut yang bukan Islam di negeri-negeri yang majoriti rakyatnya adalah orang-orang Islam seperti Mesir, Utara Afrika, Iran, Syam, Syria, Lubnan, Utara India, Afganistan, Asia Tengah dan termasuk Asia Tenggara ini. Kedatangan Islam disambut oleh rakyat yang beragama lain daripada Islam kerana berkat ajaran Islam yang diamalkan oleh orang Islam.
Apa yang berlaku pada hari ini adalah kerana akibat orang Islam tidak beramal dengan ajaran Islam, khususnya pemimpin-pemimpin mereka dan kerajaan-kerajaan mereka menjauhkan diri daripada ajaran Islam kerana leka dengan kekuasaan dan kemewahan ynag dikurniakan oleh Allah kepada mereka.
Maka datanglah bencana ynag menimpa umat Islam. Negara dan tanah air umat Islam dijajah oleh musuh. Umat Islam dipecah dan diperintah serta dilaga-lagakan diantara satu sama lain. Berlakulah apa yang diberi amaran oleh Nabi SAW dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Thauban RA :
(Maksudnya) : umat-umat lain akan mengilingi kamu laksana orang-orang mengilingi hidangan yang lazat. Maka bertanya sahabat, adakah jumlah kita pada masa itu sedikit? Jawab Rasulullah SAW, tdak, bahkan jumlah kamu ramai, tetapi kamu seperti buih yang dihanyut oleh air banjir. Allah menghilangkan kehebatan kamu yang ada di dalam hati musuh-musuh kamu dan Allah mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu. Lalu para sahabat bertanya, apakah al-wahnu itu, wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah , terlalu kasihkan dunia dan takutkan mati.
Penyakit yang melanda umat Islam di akhir zaman iaitu sayangkan dunia sehingga mereka meninggalkan ajaran Islam tanpa mengira halal dan haram, tanpa mengira kaum bangsa sendiri. Kerana berlumba-lumba mencari kekayaan, sanggup berperang sesama sendiri dengan sebab-sebab dunia. Sementara takutkan mati, walaupun percaya kepada mati tetapi takutkan mati kerana dosa dan maksiat yang dilakukan. Inilah bencana yang dialami oleh umat Islam.
Kita melihat betapa umat Islam diseluruh dunia dalam keadaan yang sangat lemah. Mereka dipermainkan oleh musuh-musuh Islam, berperang sesama sendiri engan senjata yang diberi oleh musuh, dibeli oleh orang-orang Islam ynag diperniagakan oleh orang-orang bukan Islam. Kita berperang dengan duit kita, senjata musuh membunuh sesama kita sendiri. Inilah yang berlaku di merata-rata tempat pada hari ini khususnya di Negara-negara Asia Barat yang kaya dengan sumber-sumber gas dan petroleum. Puncanya kerana meninggalkan ajaran Islam dan leka dengan dunia.
Namun percayalah, walaupun keadaan orang Islam begitu rupa, agama Islam tidak mati sekali-kali. Allah menjadikan agama Islam tidak mati sekali-kali.
8. mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian). Surah Saf ayat 8.
Walaupun orang-orang kafir menjajah negeri-negeri umat Islam, melaga-lagakan umat Islam, merampas hasil bumi umat Islam, melancarkan fitnah terhadap Islam, apa yang disebut islamphobia (Islam ajaran yang sangat menakutkan ynag menimbulkan keganasan). Sedangkan Islam adalah ajaran yang adil dan baik serta rahmat dari Allah. Apa yang berlaku Islam berkembang di seluruh pelusuk dunia. Berlaku apa yang dijanjikan oleh Nabi SAW:
(Maksudnya) : Akan sampai urusan (agama Islam) ini dimana sampainya siang dan malam.
Itulah perkembangan agama Islam yang wajib kita yakin dan wajib kita bersama dengan Islam menyempurnakan kembali apa yang diperintahkan oleh Allah SWT:
110. kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik. Surah Ali Imran 110.

0 comments:

Selangor alu-alukan konsep ‘beli kemudian jual’

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor mengalu-alukan konsep ‘beli kemudian jual’ (BKJ) dipraktikkan pemaju perumahan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Indsutri Asas Tani negeri, Zaidy Abd Talib, berkata konsep itu diyakini mampu mengekang masalah projek perumahan terbengkalai.

Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri tidak berhasrat mewajibkan konsep itu memandangkan ia tertakluk kepada bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
“Pembatalan pelaksanaan konsep ini di peringkat persekutuan kerana bimbangkan pemaju kecil tak mampu menanggung kos pembinaan amat dikesali,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han pada persidangan Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Adun Taman Templer berkata, sehingga kini terdapat 115 projek perumahan terbengkalai melibatkan lebih 25,000 unit.

Tambah beliau, antaranya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 11 projek, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)-3, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)-3, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)-4, Majlis Perbandaran Klang (MPK)-30, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)-12 dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS)-9.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Sepang (MPSP)-7, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)-8, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)-14, Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)-13 dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)-1.

0 comments:

Elaun Guru Kafa Selangor tertinggi di Malaysia

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor membayar elaun guru-guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa)  tertinggi jika dibanding dengan negeri-negeri lain.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, RM1,500 sebulan adalah elaun tertinggi guru-guru Kafa di Malaysia berbanding negeri lain.

Katanya, semua guru Kafa layak menikmati kenaikan elaun bulanan berasaskan tahun perkhidmatan dari RM1,300 kepada RM1,500 sebulan mulai Januari 2016.
"Guru yang berkhidmat di bawah lima tahun akan menikmati tambahan elaun RM50," katanya menjawab pertanyaan Kamarol Zaki Abdul Malik (BN-Sungai Air Tawar).

Tambah beliau, guru yang berkhidmat dari lima hingga 10 tambahan RM100, 10 hingga 15 tahun tambahan RM150 dan melebihi 15 tahun perkhidmatan tambahan RM200.

"Pembayaran di lakukan secara berperingkat mulai Mac 2016," katanya.

Hal ini kerana katanya di sebabkan proses kemaskini data guru-guru Kafa sama ada guru-guru yang sedia ada dan guru-guru Kafa yang baru dilantik atau berhenti.

"Kenaikan elaun ini menggunakan peruntukan yang telah di luluskan dalam sidang belanjawan 2016 lebih RM 18 juta," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri sangat berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan yang memberi sumbangan lebih kurang RM37 juta setiap tahun.

Katanya, sumbangan itu untuk bayaran elaun guru-guru takmir, imam, pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) dan guru-guru Kafa di negeri selangor.

Beliau berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah lebih RM65 juta setahun untuk bayaran elaun guru-guru Kafa.

Menurut beliau, daripada 6,900 guru Kafa separuh daripada mereka elaun mereka dibiayai sepenuhnya daripada kerajaan negeri Selangor.

"Tidak sampai 50 peratus dari jumlah guru-guru Kafa elaun RM800 sebulan dari pembiayaan kerajaan Pusat," tegasnya.

0 comments:

PJ, TPJ ziarah bekas pemain kebangsaan yang lumpuh

KUANTAN: Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar bersama timbalannya Hj Andansura Rabu, meluangkan masa mengunjungi bekas pemain kebangsaan dan Pahang, Muhammad Asyraf Anbalagan Abdullah, 49 di kediamannya di Lorong Bukit Setongkol Jaya, 27, di sini, kelmarin.
Bekas penyerang aktif itu, diserang angin ahmar ketika memandu kereta pada Januari tahun lalu menyebabkan pemain kelahiran Jerantut itu lumpuh separuh badan pada peringkat awal selain hilang pertuturan.
Menurut isterinya Hamli Razana Hamzah, 46, keadaan suami mula menunjukkan perkembangan positif namun tangan kanannya suaminya belum berfungsi, tetapi boleh berdiri menggunakan tongkat selepas menjalani fisioterapi di Hospital Tengku Ampuan Afzan tiga kali sebulan selain pernah mendapatkan rawatan di Universiti Islam Antarabangsa.
Pasangan tersebut memiliki dua anak, Nadia Suhaila, 20, dan Muhammad Syamir, 14, masing-masing masih menuntut di Universiti Malaysia Pahang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Putih, di sini.
Asyraf semasa zaman kegemilangannya terkenal dengan aksi gelecek dan antara pemain skuad emas negara terutama ketika membantu Malaysia merangkul pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 1989 selain pernah beraksi menentang kelab terkenal Liga Inggeris, Everton dalam aksi perlawanan persahabatan.
Beliau juga pernah bergandingan bersama bintang dan bekas pengendali Tok Gajah, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Yunus Aliff, Fandi Ahmad, V Sundramorty dan penyerang Thailand, Ronnchai Sayomchai dan Piya Pong Peun dalam skuad Pahang (1985-1992) dan kali terakhir menyarung jersi Negeri Sembilan pada 1993 sebelum bersara setahun kemudian.

0 comments:

Mangsa kebakaran terima Tabung Serambi Mekah

KOTA BHARU: Enam mangsa kebakaran di Taman Maju pagi semalam menerima sumbangan segera daripada kerajaan negeri.

Bantuan awal daripada Tabung Serambi Mekah disampaikan Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat.

Setiap mangsa menerima bantuan sebanyak RM1,000 bagi meringankan sedikit bebanan ditanggung mereka.
“Kerajaan negeri menyampaikan bantuan awal sebanyak RM6,000 kepada enam mangsa yang terbabit dalam kebakaran rumah kedai tersebut,” katanya yang juga anggota Exco di sini.

Selain itu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula memberi bantuan bagi membolehkan mangsa membeli peralatan termasuk tikar dan selimut.

Bantuan itu disampaikan anggota Exco kerajaan negeri, Mumtaz Md Nawi.

Mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu termasuk pemilik kedai peralatan kenderaan, bengkel kereta dan peralatan elektrik.

Kebakaran itu dipercayai cepat merebak kerana struktur bangunan dibuat daripada kayu dan merupakan bangunan lama. -HARAKAHDAILY 29/3/2016

0 comments:

Program “TEH TARIK BERSAMA NAIB PRESIDEN”



PAS Kawasan Setiawangsa bersama dengan Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Wilayah Persekutuan (LKKPWP) akan mengadakan program sarapan pagi Teh Tarik Bersama Naib Presiden PAS YB Dato’ Iskandar Abdul Samad  pada hari Ahad 3 April 2016 bertempat di Surau Al-Ansar, Taman Seri Rampai.

Program tersebut bertujuan untuk memungut dana bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak dan tabung LKKPWP.

Orang ramai khususnya Ahli PAS Wilayah Persekutuan dijemput hadir serta memberikan sumbangan dana dalam program tersebut yang dijadualkan akan bermula pada pukul 8.30 pagi. 

Kupon program boleh diperolehi dari Hj. Abd Halim Hassan: 019 256 6987, Hj Abu Baker Sedek: 012 613 0142 atau Hj. Abd. Khadir Yahya: 019 396 8347. Sebarang sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun PAS Kawasan Setiawangsa: BIMB 1211 3010 0198 20.


0 comments:

PAS Wilayah Persekutuan Ziarah AJK LKKPK Kepong di PUSRAWI

Kuala Lumpur, 29 Mac 2016: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Wilayah Persekutuan (LKKPWP) diwakili pengerusinya Hj Abu Bakar bersama wakil Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan Ustaz Abdul Hadi menziarahi Saudara Abd Ghani Endot pengerusi LKKPK Kepong petang semalam di PUSRAWI Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Difahamkan beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan membuang selaput mata kanannya. Bagi yang ingin menziarahi beliau boleh ke PUSRAWI, Wad Naeem, Tingkat 5 katil no. 13A.

0 comments:

Laungan "Orang Muda Pilih PAS " bergema di pentas HIMMAH.

Laungan "Orang Muda Pilih PAS " bergema di pentas HIMMAH.
Laungan "Orang Muda Pilih PAS " mula bergema di pentas HIMMAH sebaik sahaja ia dilancarkan oleh Tuan Guru Presiden PAS pada waktu petang ahad 27 mac 2016.
Batu Kurau menjadi saksi bagaimana sokongan orang muda di Perak kini semakin padu bersama PAS. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT atas kejayaan program HIMMAH pada 25-27 Mac 2016 yang lepas.
Kejayaan Himpunan Anak Muda Istiqamah peringkat Negeri Perak yang lepas bukanlah ruang untuk mendabik dada. Namun ianya merupakan tanggungjawab terhadap Pemuda PAS Perak untuk bekerja lebih keras dan ikhlas kerana kini anak muda semakin memberi kepercayaan terhadap PAS.
Tiada ungkapan lain yang mampu terungkap melainkan syukur apabila melihat anak muda dan hadirin yang hadir bukan sahaja penyokong PAS, malahan ada diantara ahli UMNO dan atas pagar turut sama mendengar pengisian yang disampaikan oleh penceramah yang diundang. Malahan sejarah tercipta pada kali ini konvoi pemuda paling ramai melibatkan ribuan anak muda turut bersama menjayakan Konvoi Gergasi HIMMAH dengan kali pertamanya juga mendapat kerjasama PDRM mengawal lalu lintas. Inilah keunikan Dakwah PAS.
Melalui aspek Tarbiyyah yang ditekankan kepada hadirin dengan kematian, keikhlasan, istiqamah dan munajat, mengingatkan diri kita bahwa kita berjuang di dunia untuk mendapat redha Allah dan bersedia pada kehidupan selepas ini.
Adalah kebiasaan program PAS menyentuh aspek Siasah yang tidak boleh lari dari agenda PAS dalam memartabatkan Islam. Namun keunikan kali ini apabila Tan Sri Kadir dan Cikgu Azmi yang bukan Ahli PAS menyentuh perihal politik semasa dengan kegagalan urus tadbir Kerajaan dan menyatakan PAS adalah badan yang mampu menyelamatkan Malaysia. Malahan penglibatan DHPP dan Muslimat turut menjadi bukti bahawa PAS mengiktiraf semua bangsa dan jantina dalam membantu kemenangan.
Untaian kata Tuan Guru Presiden, Timbalan Presiden dan dua anak Tok Guru yang memimpin Pemuda PAS Malaysia menjadi pembakar semangat anak muda Perak untuk lebih rapatkan saff, kemaskan strategi dan kuatkan langkah dalam memastikan Perak kembali mendapat Menteri Besar dari PAS. Dengan lafaz ikrar yang diungkapkan pada petang Ahad yang lalu, InshaAllah menjadi bekalan dalam memastikan diri terus istiqamah bersama PAS sehingga kemenangan Islam.
Momentum HIMMAH akan berterusan dengan slogan Orang Muda Pilih PAS akan melata di seluruh pelusuk Perak dan Malaysia Inshaallah. Beginilah Pemuda PAS Perak dalam mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera. Elemen Dakwah, Tarbiyyah dan Siasah menjadi teras utama dalam program bersama masyarakat.
Dalam kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada adinda saya yang disayangi akhi Hafez Sabri selaku Pengarah serta semua petugas HIMMAH yang menjayakan program secara langsung mahupun tidak langsung. Tidak dilupakan terima kasih kepada Jabatan Amal Perak dan PAS Kawasan Larut terutamanya Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut serta PAS Cawangan Batu 20 yang bertungkus lumus membantu. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua penyumbang dan penaja program serta PDRM juga semua rakan media yang turut membantu menjayakan program ini. Sekalung penghargaan kepada Dewan Pemuda PAS kawasan-kawasan seluruh Perak, Badan Perhubungan PAS Perak serta Dewan Pemuda PAS Malaysia. Semoga Allah menerima amalan kita dan semoga Islam dapat ditegakkan dengan usaha kita ini.
"Orang Muda Pilih PAS"
#BeristiqamahHinggaKemenangan
AKMAL HJ KAMARUDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak

21 JamadilAkhir 1437H / 30 Mac 2016

0 comments:

SEJARAH PENYERTAAN PAS DALAM PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK - PAS DATANG UNTUK MENANAM BENIH (SIRI 1)


SEJARAH PENYERTAAN PAS DALAM PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK - 
PAS DATANG UNTUK MENANAM BENIH (SIRI 1)

Alhamdulillah atas segalanya. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Sarawak secara rasminya ditubuhkan pada 25 September 1996 bersamaan 12 Jamadil Akhir 1416H dengan perlantikan Cikgu Mohd Shokri Mohd Fauzi sebagai Pesuruhjaya PAS Sarawak yang pertama bagi sesi kepimpinan 1995-1997. 

Ini bermakna tahun ini 2016 genaplah PAS Sarawak berusia 20 Tahun! 2 dekad PAS terlibat dalam mewarnai usaha dan gerak kerja mengangkat agenda siasah (politik), dakwah dan tarbiyah Islamiyah di Bumi Kenyalang.

Berikut merupakan Pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS Sarawak semenjak penubuhannya sehingga kini:

Penaja: Ustaz Mansor Din (Almarhum)
1995-2003: Cikgu Mohd Shokri Mohd Fauzi
2003-2009: Tuan Hj Adam Ahid (Almarhum)
2009-2010: Ustaz Othman Mustapha (meletak jawatan pada 30 Mei 2010)
2010-2015: Tuan Hj Adam Ahid (Almarhum)
2015-Kini: Tuan Haji Jofri Jaraiee.

Tahun 2001 telah mencipta sejarah apabila ia merupakan kali pertama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melibatkan diri dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak. Sebelumnya PAS Sarawak telah mengukir sejarah bila buat julung kalinya bertanding dalam Pilihanraya Umum tahun 1999 untuk Kerusi Parlimen iaitu di P.174 Batang Sadong. Sarawak satu-satunya negeri yang masih menjalankan Pilihanraya Kerusi Parlimen dan Pilihanraya Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan.

Keputusan Pilihanraya P.174 Batang Sadong pada Pilihanaraya Umum tahun 1999 adalah seperti berikut:

BN - Hajjah Sukinam Domo (7,656 undi)
KeADILan - Sahari Bin Pet (701 undi)
PAS - Othman Bin Mustapha @ Mos (2,438 undi)
Keputusan: BN Menang dengan Majoriti 5,218 undi.

Menjelang Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak ke-8 yang diadakan pada 27 September 2001, dengan tema "Kamek Nyokong PAS, Sik Nyokong BN", PAS membuat keputusan bertanding di tiga Kerusi daripada 62 Kerusi DUN pada masa tersebut seperti berikut:

N.07 Samariang
Calon: Mohd Shokri Mohd Fauzi

N.18 Sadong Jaya
Calon: Haji Adam Ahid (Almarhum)

N.21 Beting Maro
Calon: Abang Ahmad Abang Dahalan

Ketiga-tiga DUN tersebut menjadi DUN “angkat” kepada Badan Perhubungan PAS Terengganu (DUN Samariang), Kedah (DUN Sadong Jaya) dan Kelantan (DUN Beting Maro).

Pada masa kempen pilihanraya 2001, tiga pemimpin utama PAS Pusat terdiri daripada YAB Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - Mursyidul Am (Almarhum), YB Dato' Haji Fadzil Mohd Nor -Presiden (Almarhum) dan YAB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Timbalan Presiden telah turun padang mengetuai perarakan ke pusat penamaan calon di tempat masing-masing. 

Sebelumnya pada sebelah malam 17 September 2001, kesemua pemimpin tertinggi tersebut telah mengadakan ceramah pengisytiharan nama calon di tempat masing-masing. 

YAB Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengetuai perarakan di DUN N.07 Samariang. Pusat Penamaan calon bagi DUN tersebut adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Petrajaya II.

Di DUN N.18 Sadong Jaya pula, Presiden PAS Dato' Fadzil Mohd Nor mengetuai perarakan di pusat penamaan calon di Sekolah Kebangsaan Iboi Maloi.

Sementara itu YAB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan menuju ke Pejabat Daerah Pusa yang merupakan Pusat Penamaan calon di DUN N.21 Beting Maro.

YAB Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan bahawa inilah kali pertama (tahun 2001) kehadiran PAS di dalam Pilihanraya Negeri Sarawak dan ia lebih kepada untuk menyemai benih bagi terus bertapak. Beliau menjelaskan  demikian ketika  ditanya sejauhmana peluang PAS di dalam Pilihanraya Negeri Ke-8 tersebut.

Apabila ditanya oleh wartawan sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang antarabangsa Kuching, berkaitan kemungkinan akan berlaku pertembungan antara sesama parti Barisan Alternarif (BA) di DUN Samariang, beliau menjelaskan bahawa itu  merupakan perkara teknikal yang sebelum ini telah berlaku. Beliau memberi contoh bagaimana di dalam Pilihanraya Umum 1999 di mana pertandingan 3 penjuru telah berlaku di Parlimen P.174 Batang Sadong (seperti dinyatakan di awal tadi).

Sementara itu, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, YB Ustaz Hussin Awang yang hadir bersama pasukan bantu dari Terengganu, ketika menyampaikan ceramah perasmian POS UPU Samariang di Kg Samariang Hulu pada masa tersebut telah menjelaskan:

"PAS bertanding hanya di 3 DUN di Sarawak dalam Pilihanraya Negeri Ke-8 adalah sebagai permulaan untuk bertapak di Sarawak.

Walaupun kali ini PAS hanya meletakkan 3 calon, ianya akan menjadi suara penegur kepada kerajaan yang memerintah. Ini kerana sudah terlalu banyak kesilapan serta kelemahan yang telah dilakukan oleh kerajaan BN yang dipimpin oleh PBB.

Oleh itu, amat wajarlah pengundi di Samariang memberi peluang kepada PAS dalam Pilihanraya kali ini."

Keputusan calon PAS di DUN Beting Maro dan Sadong Jaya pada Pilihanraya Negeri tahun 2001 amat memberangsangkan. Namun di DUN Samariang, calon PAS telah hilang deposit dalam satu pertandingan 3 penjuru dengan calon BN (PBB) dan PKR.  

Bersambung di Siri 2... In shaa Allah.

#PRNSarawak
#PAS4All
#UntukmuSarawak
#SarawakSejahtera
#KamekNyokongPAS
#MempersiapGenerasiKemenangan
#BeristiqamahHinggaKemenangan

Dicatat Oleh:
Muhtar Suhaili As-Sarawaki,
Setiausaha PAS Negeri Sarawak.

0 comments:

Pencemaran sisa kotoran masih berlaku di tapak pelupusan sampah


Pencemaran sisa kotoran masih berlaku di tapak pelupusan sampah


MIRI – Penyelaras PAS DUN Lambir dan juga merangkap Ketua Pemuda PAS Sarawak Mohammad Arifiriazul Paijo telah melakukan lawatan susulan ke kawasan anak sungai di Kampung Subak, Bekenu baru-baru ini bagi melihat perkembangan laporan berkenaan dengan pencemaran sisa kotoran di pelupusan sampah yang telah dilakukan pada Ogos tahun lepas.


Hasil dari tinjauan itu, keadaan air di sungai tersebut masih lagi dalam keadaan kualiti yang tercemar dan membimbangkan penduduk di sekitar kerana bila dilihat pada sampel air dalam botol nampak keruh.


Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) yang bertanggungjawab menguruskan fasiliti itu masih belum mengambil langkah pembaikan terhadap sistem pembentungan di tapak perlupusan sampah tersebut. Dalam masa yang sama, pihak penduduk di sekitar Kampung Subak dan beberapa kampung berhampiran masih lagi terganggu akibat daripada bau busuk yang terhasil daripada tapak perlupusan sampah tersebut.


Oleh yang demikian PAS Lambir mengesa pihak Jabatan Alam Sekitar untuk melakukan siasatan terperinci terhadap pencemaran air sungai akibat daripada sisa cecair yang terhasil daripada tapak perlupusan sampah tersebut.


Sekali lagi PAS Lambir meminta penjelasan daripada pihak MBM berkenaan dengan perancangan untuk memindahkan tapak perlupusan tersebut ke lokasi yang lebih selamat dan jauh daripada penempatan penduduk di sekitar Kampung Subak.


PAS sentiasa memperjuangkan nasib rakyat agar terjamin dari pencemaran akibat dari sisa kotoran pelupusan sampah yang boleh mengakibatkan kesihatan penduduk di situ terganggu.


Kerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai.


Jofri Jaraiee

PAS Sarawak

0 comments:

Pertandingan Mencipta Logo Muktamar PAS Kali Ke 62




PENYERTAAN

1. Penyertaan terbuka kepada semua ahli PAS sahaja.

2. Peserta dikehendaki mengisi borang yang disediakan di laman web rasmi PAS Pusat :http://www.pas.org.my/logomuktamar62

3. Penyertaan adalah "PERCUMA". 

4. Penyertaan dibuka mulai 26 Mac 2016 hingga 29 April 2016 jam 12.00 tengah malam.

5. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.

6. Semua penyertaan adalah milik pihak penganjur.

7. Keputusan pengadil adalah muktamad. 


KRITERIA LOGO

1. Reka bentuk hendaklah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur sensitif.

2. Mempunyai kombinasi tulisan jawi dan rumi.

3. Logo menggambar Muktamar PAS ke 62 dengan ciri-ciri ulangtahun PAS ke 65

4. Warna tidak melebihi 4 warna dan reka bentuk hendaklah menarik dan kemas. 

5. Logo mestilah mempunyai penjelasan ke atas reka bentuk, simbol dan warna yang digunakan.

6. Logo dan penjelasan logo hendaklah dalam 1 dokument bersaiz A4 berwarna putih (21 X 29.7 cm, resolusi 300 dpi).

PENGHANTARAN

1. Hantarkan penyertaan anda dalam bentuk softcopy:

a) Satu (1) dokument format *pdf, *ai, atau *psd 

b) Satu (1) dokument format *jpeg

c) Satu (1) borang penyertaan

2. Penyertaan hendaklah dihantar melalui email kepada 
logomuktamar@pas.org.my

Sebarang pertanyaan : logomuktamar@pas.org.my

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 29 APRIL 2016 JAM 12.00 TENGAH MALAM


Jom, sertai kami. Serlahkan kreativiti anda!

Maklumat Lanjut layari : http://www.pas.org.my/logomuktamar62





0 comments:

Selangor rangka rancangan jangka panjang atasi banjir

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor merangka perancangan jangka masa panjang bagi menyelesaikan isu banjir di beberapa kawasan hotspot.

Pengerusi Jaweatankuasa Tetap Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Indsutri Asas Tani negeri, Zaidy Abd Talib, berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melantik 41 perunding dan 37 juruukur melibatkan kos yuran sebanyak RM24.9 juta bagi perkhidmatan perunding manakala RM5.9 juta bagi perkhidmatan juruukur.

“Anggaran kos keseluruhan bagi perlaksanaan projek tebatan banjir itu adalah RM399 juta merangkumi 43 buah projek di seluruh Selangor.

“Dengan terlaksananya projek dijangka lebih 60 hingga 80 peratus kawasan hotspot banjir berulang diselesaikan,” katanya dipetik Selangor Kini.
Beliau menyatakan demikian ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias pada persidangan DNS hari ini.

Katanya, pelantikan itu bertujuan penyediaan reka bentuk terperinci dan kerja ukur bagi keperluan 43 projek untuk program tebatan banjir RMK-11 yang dilaksanakan seawal pertengahan 2016.

Tambahnya lagi, terdapat 37 projek sambungan RMK-10 tebatan banjir dilaksanakan pada 2016 menggunakan peruntukan pembangunan dan caruman parit semasa dengan kos RM121 juta melibatkan 13 hotspot banjir.

“Setelah siap perlaksanaan projek dijangka pada tahun ini dan 2017 dapat menyelesaikan sebahagian besar masalah banjir di tempat kritikal.

“Ia seperti Sungai Jeluh Kajang, Sungai Binjai di Hamzah Alang Meru, Sungai Rasah Klang, Anak Sungai Damansara Batu 3 Petaling, Anak Sungai Udang Gombak, Pulau Meranti Sepang, Sijangkang Kuala Langat dan lain-lain,” katanya yang juga Adun Taman Templer.

0 comments:

DLP Cabul Hak Bahasa Melayu Dalam Pendidikan.

Lajnah Pendidikan PAS bersetuju untuk bersama sama dengan Pengerusi JK GMP dan Pengerusi JK Isu isu Pendidikan Kebagsaan untuk membantah perlaksanaan DLP (Dual Language Programe ) di 296 sekolah rintis menengah dan rendah di seluruh negara termasuk Sabah dan Serawak.

Perlaksanaan DLP ini konon nya bagi memperkasakan bahasa inggeris telah diperuntukkan lbh 30 juta dalam bajet 2016 untuk tujuan perlaksanaannya dalam pembelajaran sains ,teknologi maklumat dan matematik serta beberapa subjek lain.

DLP sebenarnya adalah celupan sama seperti perlaksanaan program PPSMI yang akan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kelas kedua dan seterusnya akan dipingirkan.
DLP bukan lah jawapan kepada globalnya pendidikan negara dan global nya kemenjadian produk pendidikan untuk pasaran pekerjaan tetapi merupakan agenda  tersembunyi untuk melumpuhkan bahasa melayu dalam perlembagaan yang di peruntukkan di bawah fasal 152 yang menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pendidikan.

Bahasa Melayu adalah hak orang Melayu dan sekiranya Bahasa Melayu diketepikan bermakna hak orang melayu yang di jamin dalam perlembagaan telah dicabul.

Bahasa melayu misti lah di martabatkan sebagai bahasa kebangsaan dan di jadikan bahasa ilmu di peringkat pendidikan kebangsaan.

Peminggiran bahasa melayu akan terus melebarkan jurang antara kaum dalam pendidikan dan akan mewujudkan jurang kaya dan miskin dan seterusnya akan berlaku perubahan besar dalam struktur masyarakat dalam negara.

Satu Majlis Bertindak Bantahan DLP telah di bentuk bersama bagi mengerakkan bantahan rakyat di seluruh negara secara besar besaran pada 26 Mac nanti.Dijangka lebih 300 ngo pelbagai bidang akan bergabung bagi mendokong bantahan ini nanti.

Bahasa adalah teras bangsa.

Mohd Zai Mustafa
Setiusaha
Lajnah Pendidikan PAS Malaysia.

0 comments:

PAS umum calon PRN Sarawak 6 April

KUALA LUMPUR: PAS akan mengumumkan calon-calon yang bertanding pada Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada 6 April ini.
Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, majlis pengisytiharan calon itu diadakan di Bintulu bermula jam 8.00 malam.
Katanya, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding nanti.
PAS meletakkan calon di 11 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada PRN kali ini iaitu Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.
Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem pada 29 Januari lalu memilih untuk mengadakan PRN pada 30 April, manakala tarikh penamaan calon 18 April.
Bagaimanapun, keputusan mengenai tarikh penting itu terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah yang mengulas cadangan Adnan itu menyatakan sesiapa sahaja boleh mencadangkan tarikh PRN Sarawak.
Beliau berkata, mengikut peruntukan SPR, proses pilihan raya hanya akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Dun.
"Selagi Dun tidak dibubarkan, SPR tidak akan menentukan tarikh pilihan raya kerana tugas berkaitan pilihan raya hanya bermula selepas itu termasuk urusan tarikh penamaan calon dan pengundian," ujarnya.
Sehingga kini, Adenan masih belum mengumumkan pembubaran Dun.

0 comments: