Ahli Umno sertai PAS di Tumpat

TUMPAT: Sebelum menjelang pilihan raya umum 1995 Abdul Manaf Ibrahim mengumumkan menyertai Umno selepas dikatakan tidak berpuas hati terhadap PAS Tumpat.
Beliau yang pernah mengetuai Cawangan PAS di Kampung Gerong pada era 1980-an menyertai Umno dan tidak pernah memohon menyertai semula PAS selepas itu.
Naib Yang Dipertua PAS Tumpat Wan Roslan Wan Hamat (gambar kanan) berkata Abdul Manaf sudah lama tidak terbabit dengan PAS sejak keluar parti itu pada 1995.
“Saya difahamkan PAS Tumpat tidak melayan hasratnya untuk dilantik sebagai ahli majlis Majlis Daerah Tumpat pada ketika itu antara punca dia menyertai Umno.

“Biar pun sebelum itu pernah bersama PAS namun sejak lebih 20 tahun lalu dia sudah menjadi ahli Umno. Oleh itu tidak berbangkit Abdul Manaf sebagai ketua cawangan PAS seperti dilaporkan media,” katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan seramai 58 penyokong tegar PAS di Palekbang menyertai Umno selepas kecewa terhadap kelemahan urus tadbir kerajaan PAS.

Kumpulan tersebut diketuai Abdul Manaf, bekas Ketua PAS cawangan Kampung Gerong.

Wan Roslan berkata PAS Cawangan Gerong sejak lebih 10 tahun lepas sehingga sekarang diketuai penghulu Mohamad.

Menurutnya juga setakat hari ini belum ada ahli-ahli dan penyokong PAS di Tumpat yang menyertai Umno. –HARAKAHDAILY 15/3/2016

0 comments: