BANTAH DLP SIRI 1
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling, KPMSP 600-14/1/48(29) 9 November 2015, bertajuk “PELAKSANAAN SEKOLAH RINTIS DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP) TAHUN 2016”, kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri. Mengikut Pekeliling tersebut ‘Dual Language Programme’ (DLP) merupakan program baharu di bawah Inisiatif Peningkatan Bahasa Inggeris dan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Di bawah program DLP, sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains, Matematik, Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) serta Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) akan dijalankan menggunakan Bahasa Inggeris bagi 300 buah Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang terpilih, bermula Januari 2016.
Pelbagai kesan negatif dilihat apabila DLP ini dilaksanakan. Nantikan siri seterusnya untuk merungkai mengapa kami membantah DLP.
0 comments: