Blok ketiga: Hubungan PAS dengan PKR
tidak terjejas
KUALA
LUMPUR: Hubungan kerjasama PAS dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan
terjejas walaupun parti itu telah membentuk kerjasama politik baru dengan Parti
Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), hari ini.
Timbalan
Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS masih kekal dengan PKR
sebagaimana mandat yang diputuskan di dalam Muktamar PAS.
Katanya, Blok Ketiga ini wujud kerana
parti Ikatan mahu bersama PAS atas dasar PAS yang menarik mereka untuk mewujudkan
kerjasama politik.
"Saya fikir PKR tidak
ada masalah sebab kita masih pembangkang. Blok ketiga adalah blok pembangkang.
"Maksudnya kita masih
menentang dasar salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan yang dilakukan
kerajaan," katanya kepada Harakahdaily.
Bahkan, katanya kerjasama
baru ini tidak melanggar mana-mana terma atau syarat dengan PKR dan ianya
menjadi perkara biasa bagi sebuah parti politik.
"PKR pun ada buat
kerjasama dengan Amanah, DAP dan semualah," tegas beliau.
Katanya, kerjasama politik
hari ini satu keputusan yang bijak kerana perjuangan Ikatan dilihat selari
dengan perjuangan PAS selama ini.
"Kalau dasar kita
hampir sama, duduk bersama, bincang bersama maka bekerjasama adalah lebih
baik," katanya.
Walaupun Ikatan tidak ada
kekuatan dari segi ahli, beliau percaya parti itu bukan mahu menumpang PAS
tetapi ia hanya kerana matlamat yang sama.
"Kita kerjasama bukan
dengan mengikat perjanjian kerjasama secara rasmi buat masa ini kita bersama
kerana isu. Bagi kita kalau isu boleh diangkat itu lebih baik," katanya.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
0 comments: