
DASAR LUAR AMERIKA DAN ARAB SAUDI ADALAH POLITIK DOUBLE STANDARD,
TALAM DUA MUKA DAN PRAGMATIS
Arab Saudi adalah proksi Amerika untuk menjaga Timur Tengah. Oleh itu, politik Arab Saudi adalah politik double standard, politik talam dua muka dan politik pragmatist.
Politik double standard ini tidak boleh dilihat baik sepenuhnya dan jahat sepenuhnya. Politik ini sangat mirip politik talam dua muka iaitu di samping baik, ada buruknya dan disamping buruk, ada baiknya.
Politik ini juga dinamakan politik pragmatis kerana halal dan haram, benar dan salah bukan menjadi ukuran tetapi maslahah, mafsadah dan kepentingan menjadi ukuran.
Anda boleh sahaja bersetuju dengan tindakan Arab Saudi tetapi bersetuju anda dengan Arab Saudi tidak bermakna anda bersetuju semuanya. Anda juga boleh sahaja tidak bersetuju dengan Arab Saudi tetapi tidak bermakna anda tidak bersetuju dengan Arab Saudi selamanya. Cara bacaan politik Arab Saudi adalah begitu sifatnya di pentas antarabangsa.
Krisis dengan Iran sebagai contoh, walaupun anda tidak bersetuju bahawa perang ini bukan kerana mazhab, anda patut bersetuju mazhab adalah penting untuk kestabilan pada jangka masa panjang. Begitu juga, jikalau anda bersetuju bahawa perang ini kerana mazhab, ia bukanlah penentu sepenuhnya justifikasi krisis Iran.
Sebab dan sifir untuk memahami adalah mudah dengan memahami politik double standard, politik talam dua muka dan politik pragmatis. Begitu halnya mengenai krisis Yaman dan Syria. Sama sahaja paternnya.
Kissinger menyebut dalam karyanya 'World Order' bahawa dalam kemelut di Timur Tengah, Arab Saudi sering meminta bantuan Amerika. Arab Saudi sejak dahulu tidak pernah berasingan dan mufaraqah dari kuasa Amerika. Sehingga Arab Saudi sangat dikenali oleh pimpinan Amerika sebagai rakan kongsi Amerika.
Kita mengenali sikap Arab Saudi supaya kita tahu bagaimana hendak memahami campur tangan Arab Saudi agar tidak terlalu pro-Saudi mahupun anti-Saudi. Segala yang Arab Saudi lakukan adalah untuk kepentingannya semata-mata.
Rusia sangat mengetahui sikap Arab Saudi ini. Tidak pelik jikalau Arab Saudi pernah menawarkan bilion dollar untuk perjanjian mendapatkan senjata Rusia. Tetapi Rusia sangat kenal Arab Saudi. Oleh demikian, Rusia tidak bersetuju menjual S300 kepada Arab Saudi walaupun senjata yang sama dijual kepada Iran dan India.
Bagaimana hendak memahami campur tangan Arab Saudi di Yaman dan Syria pula? Tentu sekali mengikut kepentingan Arab Saudi sekaligus mengekalkan order Amerika di Timur Tengah. Jangan hanya mengenali Arab Saudi sebagai Islamis tetapi kenallah Arab Saudi dengan dasar luarnya yang pragmatis.
Dr Muhammad Atiullah
0 comments: