Generasi tuntut Isa letak jawatan dari Felda

NGO Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) melalui presidennya Ustaz Roslan Md Esa, hari ini menyerahkan  memorandum kepada kepada Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad di Parlimen pagi ini.
Roslan yang juga Ahli Jawatankuasa DPPM berkata, antara lain kandungan memorandum kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang itu ialah menuntut supaya Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan.
Tuntutan tersebut dipercayai berkaitan keadaan kewangan Felda yang dikatakan tenat pada masa ini berikutan pelbagai projek yang dikatakan telah jauh lari daripada matlamat asal penubuhan Felda.
Di samping itu, warga Felda termasuk generasi kedua dan ketiga banyak dinafikan hak kerana seolah-olah tidak diiktiraf kewujudan mereka sebagaimana peneroka.
Selain itu, janji-janji pada pilihan raya lepas ternyata memerangkap waris peneroka antaranya rumah generasi kedua yang sehingga kini belum diisi tetapi dipolitikkan sebelum ini seperti memancing dengan ‘umpan emas’. BN menang besar di kawasan Felda pada pilihan raya lepas dikatakan berikutan janji-janji tersebut dan 'durian runtuh'.
Turut hadir menerima memorandum ialah Ahli Parlimen Temerloh yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan.
Nasrudin ialah anak peneroka Felda Keratong 4, Rompin manakala Roslan anak peneroka Jengka 23 dalam Parlimen Kuala Krau.

0 comments: