KENYATAAN MEDIA
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
21 Mac 2016 | 12 Jamadilakhir 1437 H
HUTANG NEGARA : KERAJAAN MESTI BERJIMAT DULU, JANGAN HANYA PANDAI SURUH RAKYAT
1. DPPM memandang serius jumlah hutang kerajaan Malaysia yang mencecah RM630.5 bilion, iaitu sebanyak 54.5% daripada KDNK negara. Ia hampir mencapai siling hutang yang ditetapkan oleh Kerajaan sendiri iaitu sebanyak 55% daripada KDNK negara. Dengan hanya berbaki 0.5% daripada tahap siling hutang negara, Kerajaan harus peka serta sedar akan keutamaan dan keperluan berbelanja dalam keadaan ekonomi semasa.
2. Langkah Kerajaan yang memotong perbelanjaan yang tidak mustahak serta yang tidak menjadi keutamaan untuk mengurangkan perbelanjaan di alu-alukan namun apa yang lebih penting ialah bagaimana Kerajaan menguruskan perbelanjaan. Di kala keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, penjimatan harus dilakukan dari segenap sudut pentadbiran negara samada di peringkat tertinggi mahu pun bawahan.
3. Namun jika hanya sekadar memotong elaun keraian anggota kabinet sebanyak 10% dan perbelanjaan-perbelanjaan tertentu sebagai langkah penjimatan, ia tidak mencukupi sedangkan banyak pembaziran dan salah urus pentadbiran berlaku dalam Kerajaan. Contoh yang paling ketara boleh dilihat didalam Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 3. Masih terdapat lagi kepincangan dalam soal tadbir urus Kerajaan di semua peringkat samada pengurusan, kewangan serta perlaksanaan projek yang membabitkan jutaan ringgit wang negara yang hampir saban tahun mendapat teguran namun masih tetap berlaku.

4. Dalam pada itu juga Kerajaan harus menyemak semula syarat-syarat pemberian pinjaman Kerajaan, surat jaminan hutang dan surat sokongan kepada badan-badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan juga syarikat-syarikat swasta. Untuk tahun 2015 sahaja, sebanyak RM 177.7 bilion telah di keluarkan oleh Kerajaan dalam bentuk pinjaman manakala sebanyak RM 12.8 bilion surat sokongan kredit telah di keluarkan juga oleh Kerajaan.
5. Dengan jumlah yang cukup besar, DPPM tidak mahu berlaku pembaziran dalam pemberian pinjamin serta jaminan kepada projek-projek serta syarikat yang tidak menghasilkan pulangan yang setimpal serta yang berisiko tinggi yang berkemungkinan mendatangkan kerugian dan tidak mendatangkan faedah kepada rakyat dan negara. Cukuplah Perwaja sebagai contoh yang mengakibatkan kerugian berbilion ringgit wang negara serta 1MDB yang meresahkan sekelian rakyat akibat daripada polisi yang tidak statik serta meragukan oleh Kerajaan.
6. Disaat ekonomi dunia dalam keadaan tidak stabil serta keadaan kewangan negara yang mendesak, Kerajaan perlu sedar akan tanggungjawab kepada rakyat dan bukannya berbelanja melebihi kemampuan serta keperluan, tidak boros dan berbelanja sesuka hati. Dalam masa yang sama, subsidi kepada rakyat seperti gas, minyak masak, petrol dan barang keperluan asas harus dikekalkan untuk membantu rakyat mengharungi keadaan ekonomi yang getir ini. Jangan pula untuk menjimatkan perbelanjaan, rakyat menjadi mangsa dengan menarik segala subsidi.
Sekian.
“Mempersiap Generasi Kemenangan"
"Beristiqamah Hingga Kemenangan”
MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI.
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

0 comments: