
Kenyataan Media.
Kekeliruan
Dan Salah Faham Berkaitan
Kenyataan Presiden Parti Ikatan Tan Sri Abdul Kadir
Syeikh Fadhil.
Berkaitan
kenyataan Presiden Parti Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadhil berkenaan
perlaksaan serta sokongan beliau terhadap hukum Hudud yang di sokong serta di
perjuangan oleh PAS, terdapat kekeliruan laporan serta salah faham tentang
kenyataan Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadhil.
Dalam
konteks sebenar kenyataan Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadhil, sebagai seorang
muslim tidak dapat lari daripada menerima Hudud kerana ianya terpakai ke atas
setiap individu Muslim. Namun untuk melaksanakannya, itu diserah kepada rakyat
dan sistem demokrasi negara iaitu pilihanraya.
Dalam
kenyataan beliau juga menyebut berdasarkan keutamaan terkini ialah isu salah
guna kuasa,rasuah,ekonomi,bahasa kebangsaan,pekebun-pekebun kecil dan pelbagai
Isu yang melanda negara.Tidak sesekali ada kenyataan daripada Tan Sri Abdul
Kadir Syeikh Fadhil yang menyebut beliau menolak Hudud atau Parti Ikatan
menolak Hudud.
Disarankan
agar disemak maklumat secara tepat dan bersumberkan kepada sumber berita yang
benar dan rasmi.Segala kenyataan yang lain daripada kenyataan diatas adalah
salah serta lari daripada konteks kenyataan asal serta menimbulkan salah faham
dan keresahan dikalangan rakyat.
Sekian.
Syaiful
Hizam.
Pengarah
Media Baru.
Jabatan
Penerangan PAS Pusat.
0 comments: