KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu mengambil pendekatan tidak mahu membangkang secara ekstrem yang dilihat ianya menyusahkan rakyat.
Atas dasar itulah, katanya PAS memilih untuk menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
"Membangkang secara ekstrem tidak boleh selesaikan masalah sebaliknya menjadikan masalah lebih rumit," katanya di sidang media perjanjian kerjasama politik antara PAS dan Ikatan.

Katanya, kerjasama ini lebih menumpukan kepada masalah umum iaitu memperkasakan perlembagaan yang ada pada hari ini iaitu menerima Islam sebagai agama Persekutuan dan hak-hak agama lain seperti agama Islam itu sendiri.
"Apa yang berlaku hari ini Islam pun tak capai matlamat. Islam digambarkan cara yang salah kepada agama lain. Kita mahu hal ini diselesaikan.
"Agenda utama juga agenda perubahan termasuklah pemerintahan negara. Sama ada kerajaan berubah ke arah positif ataupun kita yang ubah kerajaan, tunggu pilihan raya akan datang," katanya.
Beliau turut menerima hakikat bahawa Malaysia mempunyai masyarakat majmuk dan PAS tidak akan mengabaikan kaum-kaum lain sekalipun kerana Islam menuntut supaya menghormati masyarakat majmuk.
Menjawab pertanyaan wartawan kerjasama blok ke-3 ini akan memecahbelahkan Melayu dan menguntungkan Cina, bagi beliau selama ini Melayu sudah berpecah bukan kerana PAS.
"Apa yang kita lakukan hari ini adalah untuk menyatukan kaum Melayu di Malaysia," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
PAS turut bersetuju untuk mewujudkan sekretariat bersama yang terdiri daripada Setiausaha Agung, Ketua Penerangan, Ketua Pemuda dan Muslimat dan Pengarah Pilihan Raya.
Parti Ikatan dikehendaki menghantar lima nama untuk mewujudkan sekretariat serta mewujudkan Majlis Presiden.
Perjanjian kerjasama politik baru itu ditandatangani antara beliau dengan Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir disaksikan kesemua barisan pimpinan PAS Pusat dan 13 pimpinan Ikatan di Pejabat Agung PAS, hari ini.

0 comments: