KUALA LUMPUR: Perjanjian kerjasama politik antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) tidak menjejaskan kerajaan negeri Selangor, walaupun hubungan politik antara PAS bersama DAP telah berakhir.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, walaupun kerjasama dengan DAP telah berakhir, hubungan politik antara PAS bersama KeADILan masih kekal kerana ia sebahagian perkara yang diputuskan Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini di Stadium Tertutup Kuala Selangor.
“Sehingga kini kerajaan negeri Selangor masih berjalan dan tidak berubah,” kata beliau dalam sidang media di Hotel Puteri Park, di sini, 16 Mac lalu, ketika diminta mengulas mengenai nasib negeri Selangor ekoran kewujudan kerjasama antara PAS dan Ikatan.
Menurut beliau, kerajaan negeri Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang berteraskan kepada tiga parti selepas Pilihan Raya Umum 2008, tidak memberi sebarang kesan walaupun pelbagai cabaran berlaku.

Ketika diminta mengulas mengenai perpecahan orang Melayu selepas penubuhan pakatan ketiga itu, Abdul Hadi menjelaskan perkara itu berlaku bukan disebabkan oleh PAS.
Bahkan kata beliau, PAS bersama Ikatan kini berusaha untuk menyatukan orang Melayu di bawah satu payung Islam bukan dengan fahaman kebangsaan yang sempit sebagaimana diperjuangkan oleh Umno.
“Selama ini pun orang Melayu sudah berpecah dan apa yang berlaku ialah untuk menyatukan Melayu dan semua kaum dalam Malaysia,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.
Beliau turut menafikan bahawa PAS mampu bergerak sendirian dalam perjuangannya, sebaliknya parti itu menerima hakikat bahawa Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum.

0 comments: