Khutbah Jumaat
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Umat Yang Kuat Dengan Islam
25 Mac 2016
100. Wahai orang-orang Yang beriman! jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.
101. dan Bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan Dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? dan sesiapa berpegang teguh kepada (ugama) Allah, maka Sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan Yang betul (lurus).
102. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah Dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan Dalam keadaan Islam.
103. dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. Surah Ali-Imran 100-103.
Saudaraku muslimin yang dirahmati Allah
Para ulama tafsir menyatakan bahawa sebab turun ayat ini ditujukan kepada umat Islam di zaman Rasulullah SAW yang telah disatukan oleh umat Islam walaupun mereka di zaman jahiliyyah bereperang diantara satu sama lain, khususnya daripada kalangan Aus dan Khajraj, dua qabilah Arab ynag tinggal di Madinah yang berperang ratusan tahun lamanya. Setelah mereka menjadi orang-orang Islam, mereka bersatu dan disatukan dengan Islam, bukan sahaja daripada kalangan Aus dan Khajraj yang berasal dari Madinah, bahkan daripada kalangan Muhajirin yang datang dari Mekah dan lain-lain lagi bersatu dengan saudara-saudara mereka di Madinah yang satukan dengan nama golongan Ansar.
Dalam masa yang sama, Islam telah Berjaya menarik orang-orang yang bukan Islam yang hidup dalam keadaan kekacauan kerana kesesatan agama mereka sendiri dan pemimipin-pemimpin agama mereka. Mereka diajak bernaung di bawah pemerintahan Islam. Maka wujudlah satu masyarakat Madani yang bersatu-padu dan bertolong-menolong di antara satu sama lain, khususna dalam kalangan orang-orang Islam. Walaupun pada awalnya orang Islam adalah golongan minoriti, sementara orang-orang bukan Islam adalah majoriti, dicampur orang-orang Yahudi dan Bani Nadhir, Bani Qainuqa’, Bani Quraizah serta orang-orang musyrikin dan golongan munafikin, jumlah mereka lebih besar, tetapi orang-orang Islam bersatu di atas nama Islam. Dengan perpaduan Islam menjadikan orang Islam sangat kuat. Dengan hokum Islam yang adil menjadikan orang-orang yang bukan Islam masuk Isam, menyebabkan jumlah orang Islam makin berkembang dan makin banyak sehingga jumlah orang Islam lebih besar daripada orang-orang bukan Islam.
Maka datanglah perasaan dengki di dalam hati orang-orang Yahudi golongan ahli kitab, padahal mereka adalah ahli kitab yang mengetahui kebenaran Rasulullah SAW yang disebut di dalam kitab mereka dan diberitahu oleh ulama-ulama mereka. Mereka menunggu-nunggu kedatangan Nabi akhir zaman ini berkampung di Madinah. Apabila datangnya Nabi SAW, mereka tidak masuk Islam. Dalam masa yang sama mereka dengki terhadap orang-orang Islam dengan membuat perancangan untuk melaga-lagakan orang Islam. Lalu penyair-penyair Yahudi mencipta syair-syair yang memuja pahlawan Aus dan Khajraj di zaman jahiliyyah menyebabkan kembali fanatik kaum diantara satu sama lain dan mengajak beradu kekuatan, berlawan semula untuk tahu siapa yang sebenarnya pahlawan dan kuat, sehingga hamper mencetuskan peperangan di antara dua kabilah ini.
Apabila sampainya berita ini kepada Nabi SAW, lalu Baginda datang menemui mereka dan bersabda: “Adakah kamu ingin kembali semula kepada jahilliyah padahal aku masih hidup?”
Dan Allah SWT menurunkan ayat-ayat yang dibacakan tadi. Iman yang ada di dalam hati mereka menjadikan mereka bersatu dan bermaafan di antara satu sam lain dengan perpaduan yang berasaskan kepada iman yang diajar oleh Islam. Orang Islam bersatu sehingga Berjaya menegakkan pemerintahannya yang besar, di timur serta di tenggara, di baratnya Sepanyol, di utaranya Asia Tengah dan di selatannya Afrika Tengah, di zaman tidak ada alat-alat kemudahan yang canggih dan perhubungan yang cepat seperti hari ini.
Dengan ajaran Islam, orang Islam menjadi bangsa yang kuat, umat yang kuat, umat yang dihormati oleh kaum dan bangsa serta penganut agama yang lain. Dimana sahaj orang Islam masuk ke negeri-negeri yang bukan Islam, disambut oleh rakyat yang bukan Islam kerana pemerintahan mereka yang zalim. Islam disambut sebagai penyelamat, bukan disambut kedatangan penjajah asing seperti penjajah-penjajah barat yang menjajah Negara asing yang memperhambakan rakyat dan merampas hasil bumi negeri yang dijajah. Islam tidak begitu, Islam yang adil dan baik ini di mana sahaja negeri yang dimasuki oleh Islam, menerima kedatangan Islam. Mereka masuk Islam dalam keadaan yang tidak dipaksa sehungga masih ada lagi penganut-penganut yang bukan Islam di negeri-negeri yang majoriti rakyatnya adalah orang-orang Islam seperti Mesir, Utara Afrika, Iran, Syam, Syria, Lubnan, Utara India, Afganistan, Asia Tengah dan termasuk Asia Tenggara ini. Kedatangan Islam disambut oleh rakyat yang beragama lain daripada Islam kerana berkat ajaran Islam yang diamalkan oleh orang Islam.
Apa yang berlaku pada hari ini adalah kerana akibat orang Islam tidak beramal dengan ajaran Islam, khususnya pemimpin-pemimpin mereka dan kerajaan-kerajaan mereka menjauhkan diri daripada ajaran Islam kerana leka dengan kekuasaan dan kemewahan ynag dikurniakan oleh Allah kepada mereka.
Maka datanglah bencana ynag menimpa umat Islam. Negara dan tanah air umat Islam dijajah oleh musuh. Umat Islam dipecah dan diperintah serta dilaga-lagakan diantara satu sama lain. Berlakulah apa yang diberi amaran oleh Nabi SAW dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Thauban RA :
(Maksudnya) : umat-umat lain akan mengilingi kamu laksana orang-orang mengilingi hidangan yang lazat. Maka bertanya sahabat, adakah jumlah kita pada masa itu sedikit? Jawab Rasulullah SAW, tdak, bahkan jumlah kamu ramai, tetapi kamu seperti buih yang dihanyut oleh air banjir. Allah menghilangkan kehebatan kamu yang ada di dalam hati musuh-musuh kamu dan Allah mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu. Lalu para sahabat bertanya, apakah al-wahnu itu, wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah , terlalu kasihkan dunia dan takutkan mati.
Penyakit yang melanda umat Islam di akhir zaman iaitu sayangkan dunia sehingga mereka meninggalkan ajaran Islam tanpa mengira halal dan haram, tanpa mengira kaum bangsa sendiri. Kerana berlumba-lumba mencari kekayaan, sanggup berperang sesama sendiri dengan sebab-sebab dunia. Sementara takutkan mati, walaupun percaya kepada mati tetapi takutkan mati kerana dosa dan maksiat yang dilakukan. Inilah bencana yang dialami oleh umat Islam.
Kita melihat betapa umat Islam diseluruh dunia dalam keadaan yang sangat lemah. Mereka dipermainkan oleh musuh-musuh Islam, berperang sesama sendiri engan senjata yang diberi oleh musuh, dibeli oleh orang-orang Islam ynag diperniagakan oleh orang-orang bukan Islam. Kita berperang dengan duit kita, senjata musuh membunuh sesama kita sendiri. Inilah yang berlaku di merata-rata tempat pada hari ini khususnya di Negara-negara Asia Barat yang kaya dengan sumber-sumber gas dan petroleum. Puncanya kerana meninggalkan ajaran Islam dan leka dengan dunia.
Namun percayalah, walaupun keadaan orang Islam begitu rupa, agama Islam tidak mati sekali-kali. Allah menjadikan agama Islam tidak mati sekali-kali.
8. mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian). Surah Saf ayat 8.
Walaupun orang-orang kafir menjajah negeri-negeri umat Islam, melaga-lagakan umat Islam, merampas hasil bumi umat Islam, melancarkan fitnah terhadap Islam, apa yang disebut islamphobia (Islam ajaran yang sangat menakutkan ynag menimbulkan keganasan). Sedangkan Islam adalah ajaran yang adil dan baik serta rahmat dari Allah. Apa yang berlaku Islam berkembang di seluruh pelusuk dunia. Berlaku apa yang dijanjikan oleh Nabi SAW:
(Maksudnya) : Akan sampai urusan (agama Islam) ini dimana sampainya siang dan malam.
Itulah perkembangan agama Islam yang wajib kita yakin dan wajib kita bersama dengan Islam menyempurnakan kembali apa yang diperintahkan oleh Allah SWT:
110. kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik. Surah Ali Imran 110.
0 comments: