11 Mac 2016, Kuala Lumpur: Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) dengan kerjasama PAS Kawasan Batu, MAQTAR dan PAS Kawasan Gombak telah mengadakan Solat Sunat Kusuf pada Rabu lalu. Solat diimamkan oleh Ust. Fadhil B. Ramli manakala Khutbah disampaikan oleh Ust. Azhar Yahya al-Batawi Ketua Jabatan Muamalat dan Kewangan Islam, KUIZM.
Solat sunat ini dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana yang tenang dan sedikit redup. Antara intipati khutbah ialah khatib membacakan surah Fussilat ayat 37 yang berbunyi "Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah."
Turut hadir Ust. Salehudin Nasir (YDP PAS Kawasan Gombak), YB Ust. Hasbullah (ADUN Gombak Setia), Ust. Syarhan Humaizi (Ketua Pemuda PAS Selangor) dan ramai lagi.
0 comments: