Liberal dan Pro Liberal Penyokong Hujah Dr.Mufti Perlis

LIBERAL DAN PRO LIBERAL MENYOKONG HUJAH DR MUFTI PERLIS
Secara umum, semua geng liberal menyeru tidak melaksanakan syariat Islam terutamanya hudud. Geng liberal ni kalau di Malaysia adalah Sister in Islam, Institut Kajian Dasar, Islamic Renaissance Front dan terbaru adalah G25. Semuanya mengajak agar Syariat Islam tidak dilaksanakan.
Projek dialog pula lebih kepada perbincangan ekonomi. Namun, setaraf dengan IKD mempunyai organisasi yang tersusun. Ada beberapa lagi geng pro liberal. Ramai tak perasan lagi seperti Komuniti Muslim Universal dan grup Syiah yang pro liberal seperti Assajad Movement yang merupakan rakan dengan projek dialog. Ada beberapa lagi dari kalangan penerbit buku yang kesemuanya bersepakat dan mengajak meninggalkan perlaksanaan syariat Islam.
Namun, untuk mengkategorikan sama ada mereka adalah liberal tegar ataupun hanya terikut-ikut sahaja, dan sama ada secara sedar membawa liberal ataupun celaru mengenai Islam, sukar hendak dipastikan melainkan jelas kedapatan dari rakaman suara ataupun tulisan yang menunjukkan seseorang itu dari kategori mana. Kesukaran memastikan kategori mana diletakkan menyebabkan hukum ke atas mereka tidak ditetapkan.
Walaupun demikian, golongan liberal adalah lebih tepat sebagai penyokong atau pro liberal yang sudah tentu menolak syariat Islam. Hukum ke atas mereka sememangnya kita serahkan sahaja kepada jabatan-jabatan agama di Malaysia yang lebih patut memikul tugas menyelidiki status kategori liberal seseorang dan grup itu.
Selagi tiada pewartaan fatwa jabatan-jabatan agama, kita masih meletakkan mereka sebagai pro-liberal. Dalam keadaan ini, kita sungguh tersentak jikalau selalu sangat kita mendengar geng liberal dari kalangan IRF dan G25 khususnya menyandarkan pandangan mereka kepada Df Mufti Perlis. Lebih dari itu, mufti Perlis pernah disokong apabila menolak implementasi fatwa negeri dalam negara. Seakan-akan, fatwa hanyalah pewartaan dan tiada perlaksanaan.
Mufti Perlis juga pernah mempertikaikan penahanan khalwat di hotel dan di rumah peribadi. G25 mengambil kesempatan pada Disember 2015 untuk menghentam JAKIM dan undang-undang Syariah menggunakan hujah Dr Mufti Perlis.
Adakah Dr Mufti Perlis tidak tahu kaedah fekah bagi mengeluarkan pandangan? Beliau selalu tidak nampak big picture dalam banyak isu. Mengapa beliau suka menimbulkan provokasi dengan isu-isu khilafiah dan memilih isu-isu kecil? Beliau sangat selektif sehingga seakan-akan sering menjadi jurucakap bagi pihak liberal untuk menentang hudud di Malaysia.
Beliau konsisten menentang hudud Kelantan sejak arwah Tuan Guru Abdul Aziz masih hidup sehinggalah ketiadaannya, dari sebelum diangkat ke parlimen sehingga kini dengan hujah kondusif yang sentiasa dikemukakan oleh Mufti Perlis. Bagaikan kesepakatan telah berlaku antara mufti Perlis dengan golongan liberal. Mengapakah mufti Perlis tidak seia sekata dengan mufti-mufti lain di Malaysia? Mengapakah mufti Perlis menunjukkan sikap sebegini berlainan dari mufti-mufti yang lain di Malaysia?
Adakah beliau ada agenda lain? Mungkin selama-lamanya beliau suka angkat isu tertentu untuk kasi panas. Adakah beliau menagih sokongan dan populariti daripada geng liberal?
Adakah ini natijah dari fahaman Salafi yang dipegang ataupun beliau bukan berfahaman Salafi yang menongkah arus para ulama kontemporari? Atau hanya kegilaan populariti menyebabkan beliau sanggup bercanggah pandangan majoriti ulama?
Ramai akan menafikan pembabitan Salafiyyah dengan liberal sebagaimana Arab Saudi merupakan anti-liberal. Namun, semua persoalan ke atas Mufti Perlis sangat samar-samar. Bagaikan tiada jawapan dan kita juga menuntut ada pengkaji memahami kepelekan mufti Perlis yang memberi sokongan hujah kepada liberal.
Sungguh janggal jikalau mengkategorikan mufti Perlis sebagai penyokong pemikiran liberal tetapi hakikatnya, mufti ini menongkah arus ulama dan memberi hujah kepada liberal. Sebegitu juga menolak mufti Perlis sebagai ulama adalah sangat janggal kerana beliau di tempatkan sebagai mufti di Perlis bagi penggal kedua. Namun, hakikatnya geng Sister in Islam menunjukkan minat kepada Dr Mufti Perlis apabila beliau memegang jawatan.
Sampai sekarang golongan liberal memakai hujah Mufti Perlis. Mungkin sudah sampai masanya para pemikir dan ilmuan Islam mengangkat slogan agar mufti Perlis diberhentikan dari memegang jawatannya. Beliau sering menimbulkan onar dalam masyarakat walaupun sering menafikan dirinya sebagai ekstrem dalam beragama.
Dr Muhammad Atiullah

0 comments: