Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dilaporkan semakin stabil dan masih menerima rawatan di Institut Jantung negara (IJN).
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata Haron kini sudah ditempatkan di wad biasa tapi masih dalam pemantau rapi doktor.
"Daripada maklumat yang saya dapat (semalam), keadaan beliau bertambah baik dan stabil," katanya ketika dihubungi hari ini.
Selasa lalu, beliau dimasukkan ke IJN selepas mengadu mengalami sakit dada.
Mohon semua ahli PAS dan rakyat Malaysia doakan kesihatan beliau.
0 comments: