Pakaian Sukan Menutup Aurat: Kerjasama Dengan Pembekal Pakaian Sukan Dialu-alukan

KENYATAAN MEDIA
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
11 Mac 2016 | 2 Jamadilakhir 1437H
PAKAIAN SUKAN MENUTUP AURAT : KERJASAMA DENGAN PEMBEKAL PAKAIAN SUKAN DIALU-ALUKAN
1. DPPM melihat perkembangan terbaru pakaian sukan bagi skuad bola sepak Afghanistan oleh syarikat jenama sukan 'Hummels' merupakan satu perkara yang positif dalam inovasi kepada pematuhan hukum dalam pemakaian ketika bersukan bagi kaum wanita Islam.
2. Menerusi pakaian sukan keluaran syarikat "Hummels" yang berpangkalan di Denmark ini yang juga pembekal rasmi jersi kebangsaan Denmark dan Lithuania, keperluan untuk atlet wanita muslimah yang terlibat dalam acara sukan seperti bola sepak, hoki dan badminton untuk menutup aurat dengan baik dapat dilaksanakan.
3. Bagi pihak DPPM, saya menyeru pihak Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara, persatuan-persatuan sukan serta juga penglibatan JAKIM supaya dapat menjemput syarikat "Hummels" untuk memberikan taklimat berkenaan pakaian sukan ciptaan mereka tersebut. Dalam hal ini pihak DPPM juga bersedia untuk terlibat dalam jawatankuasa untuk merangka dan melaksanakan garis panduan pemakaian atlit wanita Muslim dalam acara-acara sukan di negara ini.
4. Menerusi perkembangan terbaru ini juga diharapkan dapat memberikan pembelaan kepada atlit-atlit wanita negara terutama apabila Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 2017 nanti.
Sekian.
"Beristiqamah Hingga Kemenangan"
IR. HJ. KHAIRIL NIZAM KHIRUDDIN
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).
[ Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) DPPM ]

0 comments: