Kuala Lumpur, 21 Mac 2016: PAS Bandar Tun Razak telah mencipta sejarah tersendiri dengan berdirinya markaz operasi semalam. PAS Bandar Tun Razak merupakan kawasan ke lima yang memiliki markaz tersendiri selepas kawasan Titiwangsa, Batu, Setiawangsa dan Wangsa Maju, begitu ucapan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tn. Hj Mohamad Noor Mohamad.
Beliau menegaskan lagi bahawa markaz Bandar Tun Razak atau dikenali juga Markaz Dakwah dan Tarbiyah hendaklah menjadi satu medium untuk penduduk Bandar Tun Razak bagi menjayakan aktiviti kemasyarakatan. Ahli-ahli PAS diminta untuk mengimarahkan markaz yang telah dibina, tiada erti markaz kawasan jika ahli PAS sendiri tidak mengimarahkan dengan kegiatan dakwah dan tarbiyah, tegas beliau lagi.
Markaz Dakwah dan Tarbiyah PAS Bandar Tun Razak telah disempurnakan perasmiannya oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.
0 comments: