PAS bersedia bekerjasama
dengan NGO untuk kemuka Manifesto Untuk Rakyat
PAS menerima baik
cadangan 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk kemukakan Manifesto Untuk
Rakyat seperti yang dilaporkan dalam media tempatan baru-baru ini.
Antara NGO yang
bergabung mengemukakan manifesto itu ialah Save Rivers, Jaringan Orang Asal
SeMalaysia (JOAS), Borneo Resources Institute Malaysia (BRIMAS) dan Jaringan
Tanah Hak Adat Asal Sarawak (TAHABAS).
Persatuan Dayak Iban
Sarawak (SADIA), Non-Timber Forest Product Malaysia (NTFP), Persatuan Dayak
Sarawak (PEDAS), Gerakan Dayak Sarawak (GASAK) dan Integrated Development for
Eco-Friendly and Appropriate Lifestyle (IDEAL).
PAS Sarawak bersedia
bekerjasama dengan 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini yang ingin
mengemukakan Manifesto Untuk Rakyat (MUR) kepada pihak pemerintah. Kebanyakan
isu-isu seperti kos sara hidup rakyat, tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), isu
demokrasi dan sebagainya memang antara isu yang diperjuangkan PAS selama ini.
PAS sentiasa terbuka dan
bersedia bekerjsama dengan NGO-NGO yang memperjuangkan nasib rakyat. PAS akan
berjumpa dengan pihak yang berkenaan sekiranya mereka memerlukan MUR mereka
diketengahkan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
PAS Sarawak akan
bekerjasama dengan NGO berkenaan untuk membuktikan yang PAS memang berjuang
untuk semua kaum selama ini tanpa mengira bangsa dan agama. Dengan kerjasama
ini nanti pasti akan membuahkan hasil yang baik untuk rakyat yang berbilang
etnik di negara ini terutama di Sarawak. PAS menanti pelawaan semua NGO yang
bersedia bekerjasama untuk kepentingan semua rakyat Sarawak.
Dengan adanya kerjasama
ini akan membolehkan semua pihak dapat mengemukakan masalah rakyat kepada pihak
pemerintah dengan lebih berkesan lagi.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
0 comments: