1. Hari ini
tanggal 16 Mac 2016 menyaksikan sejarah ditatah dengan mempersaudarakan
PAS sebagai sebuah parti Islam di Malaysia dengan IKATAN yang merupakan sebuah
parti multiracial pimpinan Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Kadir Hj Sheikh
Fadzir.
2. Gandingan PAS -
IKATAN telah membentuk satu sekretariat untuk melestarikan persaudaraan kedua
parti dengan persefahaman politik, lantas menggerakkan agenda perubahan ke arah
membina Malaysia Sejahtera berlandaskan politik yang matang.
3. Agenda utama yang
diperjuangkan oleh PAS - IKATAN ialah memulihkan negara, pemimpin dan rakyat
yang rosak dek kerana rasuah, salahguna kuasa dan perpecahan dikalangan rakyat
ekoran perbedaan ideologi politik yang dianut. Ia adalah sebuah perjuangan yang
turut menepati tuntutan Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.
4. Menariknya
gandingan PAS - IKATAN ini akan membentuk blok ketiga dalam peta politik tanah
air. Berperanan besar untuk menamatkan kebergantungan rakyat kepada satu pihak
sehingga menjadikan pihak tersebut angkuh dengan dominasi mereka. Pada masa
yang sama, PAS - IKATAN pula akan memastikan sengketa dan perpecahan yang
merugikan rakyat dapat diatasi dengan sebaik mungkin.
5. PAS - IKATAN akan
terus komited untuk:
a) menghentikan
politik perkauman, politik dendam, politik tindas dan politik pilih bulu.
b) menyuburkan politik
hubung baik (politik enggagement), politik penyelesaian dan politik
rundingan.
c) menolak ekstrimisme
dan diktatorship dalam kepimpinan
6. Meskipun berbeza
parti, ideologi dan dasar perjuangan, IKATAN sebagai sebuah parti multiracial
tidak menolak dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Sebaliknya menghormati
perjuangan PAS dan bersetuju isu perlaksanaan syariat Islam diurus menerusi
saluran demokrasi sebagaimana yang telah diusahakan oleh PAS selama ini
7. Tindakan setengah
pihak dan media yang mula menggerakkan saraf mereka untuk melagakan PAS dan
IKATAN pada hari pertama gandingan mereka dimeteraikan dengan memainkan isu
hudud, adalah sangat tidak bertanggungjawab malah disifatkan sebagai tindakan
tidak celik politik matang.
8. Hanya adu domba dan
propaganda murahan yang suka mereka lakukan untuk melariskan media mereka,
sedang tindakan itu hanyalah merosakan usaha baik yang mahu digerakkan oleh PAS
- IKATAN dimata masyarakat awam yang banyak bergantung kepada laporan media.
9. Tan Sri Abdul Kadir
Hj Sheikh Fadzir selaku Presiden IKATAN telah menegaskan pada sidang media
bersama Yb Tuan Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang Presiden PAS di Hotel
Puteri Park tengahari tadi bahawa IKATAN tidak pernah menolak
undang-undang Islam yang diperjuangkan oleh PAS, sebaliknya menganggap kini
beban adalah kembali kepada kerajaan yang memerintah sementara mereka memiliki
majoriti di parlimen, setelah PAS telah pun melunaskan tanggungjawabnya dengan
usaha memperkasa mahkamah syariah di parlimen.
10. PAS melihat isu
hudud yang dijadikan peluru sepanjang zaman untuk menyerang dan merosakkan
reputasi PAS tidak akan berkesan untuk digunakan bagi memisahkan gandingan
PAS - IKATAN yang baru sahaja memulakan kerjasama politiknya. PAS
memperingatkan semua pihak khasnya war lord yang berada dibelakang media
tertentu agar tidak memecah belah dan melemparkan fitnah kepada PAS kononnya
PAS kini meninggalkan prinsip perjuangan. Sebaliknya prinsip perjuangan PAS
akan terus dijulang dan dihormati oleh semua rakan seperjuangan.
Sekian
Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS
Pusat
0 comments: