PAS Kalabakan Gotong Royong Bersihkan Sungai Bersama Masyarakat

27 Mac 2016 : Jabatan Amal Kalabakan dengan kerjasama Ketua Kampung dan penduduk kampung  telah menganjurkan program  gotong royong untuk membersihkan sungai Tg Batu Keramat. Program gotong royong ini telah mendapat sokongan dengan kehadiran lebih  100 orang. Semua petugas telah datang seawal jam 7 pagi lagi dengan membawa pelbagai peralatan dan ada juga penduduk kampung yang menyediakan perahu untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan dilakukan.
Penasihat Unit Amal Kalabakan, Encik Usman Madeaming yang telah mengetuai majlis gotong royong tersebut sempat memberikan ucapan alua-aluan. Dalam ucapan tersebut  beliau meminta agar penduduk kampung dapat menjaga kebersihan sungai agar kampung tersebut dilihat dengan imej yang bersih dan  indah. Beliau juga sempat  merakamkan ucapan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Tawau (MPT) kerana telah memberikan kerjasama dengan menyediakan tempat pembuangan sampah ketika majlis gotong royong itu berlangsung . Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Kampung dan penduduk kampung yang telah memberikan sokongan kepada kerja amal ini , dan mengharapkan ada kesinambungan kerjasama selepas ini.
Majlis Gotong royong turut diserikan dengan 20  cabutan bertuah, pelbagai jenis hadiah cabutan bertuah telah disediakan khusus untuk penduduk kampung sahaja.  Unit Amal juga  turut menyediakan makanan dan minuman untuk diedarkan kepada semua petugas . Majlis Gotong royong yang berakhir pada pukul 11 pagi turut mengadakan sesi bergambar antara petugas Unit Amal dan penduduk kampung sebagai kenangan dan  hubungan  silaturahim.

0 comments: