PAS Sadong Mesra Rakyat Untuk Kesejahteraan Rakyat Berdasarkan Nilai-Nilai Kehidupan Islam


SADONG JAYA : PAS akan  mensejahterakan rakyat jika rakyat memberi mandat kepada calon-calon PAS di DUN-DUN yang ditandingi mereka. 
Begitu jugalah di DUN N24 Sadong Jaya. Sehubungan itu,  YDP PAS Batang Sadong, merangkap Penyelia 1 DUN Sadong Jaya, Cikgu Asan bin Singkro, bersama-sama dengan petugas-petugas PAS dari Kawasan Setiu, Terengganu serta Jentera Pilihanraya DUN Sadong Jaya telah bertemu dan menyantuni rakyat di beberapa buah kampung di DUN Sadong Jaya. 
Dalam usaha tersebut beberapa aktiviti telah dijalankan dengan jayanya.  Antara aktiviti tersebut ialah Ziarah MOSWA (Orang Miskin, OKU, Sakit dan Warga Emas). 

0 comments: