LIPIS: Menurut suhu yang direkodkan oleh AccuWeather.com pada 15 Mac 2016 iaitu pada hari Selasa kelmarin bagi kawasan Padang Tengku, Pahang Darul Makmur, terdapat peningkatan suhu secara mendadak iaitu dari bacaan suhu 26?C-37?C pada jam 10 pagi hingga 5 petang. Suhu normal bagi Negara Malaysia adalah 32 darjah Celcius. Jabatan Meteorologi telah menjangkakan bahawa Malaysia akan berdepan suhu panas, kering sehingga menjelang bulan Jun nanti.
Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Pahang, Encik Roslan Zainal Al-Ahmadi menasihatkan masyarakat setempat agar menjaga kesihatan diri ketika berlakunya cuaca panas dan kering sekarang ini. Beliau menyeru rakyat Malaysia agar berdoa dan mengadakan solat hajat khusus supaya keadaan tersebut tidak berlanjutan menjadi bencana kemarau. Sekiranya kejadian kemarau berlaku ramai penduduk yang akan terjejas teruk terutamanya bagi para petani, penoreh getah, nelayan sungai, penternak ikan sangkar, pekerja pembinaan bangunan dan prasarana, peniaga jalanan dan seumpamanya.

“Pihak Kerajaan sewajarnya menpunyai pelan kontingensi untuk menghadapi kemungkinan cuaca panas kering berpanjangan. Sektor pertanian adalah paling utama akan menerima kesan buruknya selain terdapat masalah bekalan air bersih untuk kegunaan domestik dan industri, masalah kesihatan, jerebu dan sebagainya. Contoh paling mudah ialah penternak ikan sangkar sungai. Pengalaman masa lalu, mereka mengalami kerugian besar kerana banyak ikan mati ekoran peningkatan suhu air sungai dan kekurangan plankton yang menjadi salah satu bahan makanan ikan. Peladang buah-buahan dan sayur-sayuran juga menghadapi masalah penurunan produktiviti akibat cuaca panas tersebut”, ujar beliau.
Beliau menambah, “Justeru selain rakyat perlu proaktif dan bersedia, pihak Kerajaan juga perlu menpunyai perancangan proaktif dan bersepadu di kalangan pelbagai agensi dan jabatannya. Jangan terhantuk baru terngadah pula….”.

0 comments: