Pencemaran sisa kotoran
masih berlaku di tapak pelupusan sampah
MIRI – Penyelaras PAS
DUN Lambir dan juga merangkap Ketua Pemuda PAS Sarawak Mohammad Arifiriazul
Paijo telah melakukan lawatan susulan ke kawasan anak sungai di Kampung Subak,
Bekenu baru-baru ini bagi melihat perkembangan laporan berkenaan dengan pencemaran
sisa kotoran di pelupusan sampah yang telah dilakukan pada Ogos tahun lepas.
Hasil dari tinjauan itu,
keadaan air di sungai tersebut masih lagi dalam keadaan kualiti yang tercemar
dan membimbangkan penduduk
di sekitar kerana bila dilihat pada sampel air dalam botol nampak keruh.
Keadaan ini jelas
menunjukkan bahawa pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) yang bertanggungjawab
menguruskan fasiliti itu masih belum mengambil langkah pembaikan terhadap
sistem pembentungan di tapak perlupusan sampah tersebut. Dalam masa yang sama,
pihak penduduk di sekitar Kampung Subak dan beberapa kampung berhampiran masih
lagi terganggu akibat daripada bau busuk yang terhasil daripada tapak
perlupusan sampah tersebut.
Oleh yang demikian PAS
Lambir mengesa pihak Jabatan Alam Sekitar untuk melakukan siasatan terperinci
terhadap pencemaran air sungai akibat daripada sisa cecair yang terhasil
daripada tapak perlupusan sampah tersebut.
Sekali lagi PAS Lambir
meminta penjelasan daripada pihak MBM berkenaan dengan perancangan untuk
memindahkan tapak perlupusan tersebut ke lokasi yang lebih selamat dan jauh
daripada penempatan penduduk di sekitar Kampung Subak.
PAS sentiasa
memperjuangkan nasib rakyat agar terjamin dari pencemaran akibat dari sisa
kotoran pelupusan sampah yang boleh mengakibatkan kesihatan penduduk di situ
terganggu.
Kerjasama dengan pihak
yang berkaitan untuk mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
0 comments: