Peranan Kita Bukan Sekadar Makan, Minum, Hidup Tunggu Mati, Tetapi Kita Hadir Di Bumi Sebagai Khalifah-TGHA

Ringkasan Catatan Ucapan YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)
Sempena Perasmian Markaz PAS Bandar Tun Razak (20 Mac 2016, Ahad)

1. Peranan kita bukan sekadar makan, minum hidup tunggu mati tetapi kita hadir di bumi ini sebagai khalifah yang tak mampu dilakukan oleh malaikat.

2. Malaikat yang hebat tak mungkin bertugas seumpama manusia begitu juga langit, bumi, bukit-bukau dan gunung-ganang.

3. Konsep Hidayah: Hidayah Fitrah ada pada manusia, haiwan, tumbuhan, Hidayah Hawas ada pada manusia dan binatang, Hidayah Akal hanya ada pada manusia, Hidayah ad-Din dikurniakan kepada manusia yang dipilih oleh Allah, ada manusia ada akal namun tidak dapat petunjuk, iblis bijak namun tidak dapat hidayah. Kerajaan-kerajaan Islam yang dipimpin oleh para Nabi dan awliya adalah mereka yang diberi hidayah seperti kerajaan Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Kerajaan Zulqarnain dan kerajaan Nabi Muhammad s.a.w.

4. Solat hubungan pemimpin dengan Allah, manakala zakat ialah untuk pemimpin memimpin ekonomi dengan kebajikan ini merupakan ciri-ciri kerajaan yang baik. Allah masih mengekalkan bekas-bekas kerajaan jahiliah seperti Piramid, Tembok besar China, Taman Gantung Babylon, adapun tamadun kerajaan yang baik itu disembunyikan serbagai ujian keyakinan umat dibelakang hari.

5. Berkat tiada dalam kamus Barat ia memerlukan iman dan taqwa yang membentuk kerajaan yang baik. Musuh-musuh Islam sangat takut dengan kerajaan Islam yang mengamalkan pemerintahan Islam.

6. Kerasulan Nabi Muhammad untuk semua manusia berbeza dengan nabi-nabi terdahulu. Manusia moden hari ini dikurniakan teknologi yang pantas dan cepat maka cukup dengan satu Rasul sahaja sehingga Kiamat. Cerita tentang kelahiran Nabi dikisahkan dalam semua kitab agama seperti Veda, Taurat , Injil dan lain-lain.

7. Ummah Dakwah ialah semua manusia, adapun Ummah Ijabah ialah kalangan umat Islam iaitu as-Saabiqul bil khairat (rajin buat kebaikan) yang kedua ialah muqtasid (golongan pertengahan), dan yang ketiga Zalimun linafsi (golongan yang Islam namun tidak ikut Islam) dan yang terakhir ialah Ummah Ittiba' ialah umat yang menyambung perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.

Catatan oleh:
Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepong

0 comments: